Harian Metro

Sekat monopoli kartel

- Petah Wazzan Iskandar wazzan@nstp.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanak­an langkah drastik bagi mengatasi monopoli dalam industri telur yang menjadi amalan perdaganga­n sejak berpuluh tahun lalu.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sudah menubuhkan jawatankua­sa untuk melihat kaedah terbaik mengatasi amalan perdaganga­n yang tidak berpihak kepada rakyat, sebagai usaha mengawal harga telur dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui berlaku masalah monopoli dan kartel berlaku dalam industri pengeluara­n telur yang kebanyakan terikat dengan harga dari negara jiran.

“Keputusan ini dibuat bagi menjaga permasalah­an berjuta rakyat Malaysia berbanding 26 pedagang dalam industri telur.

“Rakyat terpaksa menanggung beban sedangkan pedagang terbabit mengaut keuntungan berjuta ringgit.

“Maka, dengan adanya jawatankua­sa terbabit, kita berhasrat menjalin hubungan bersama sektor swasta yang berminat dalam industri telur negara, sekali gus memecah monopoli dan amalan kartel,” katanya selepas program jualan rakyat Parlimen Pokok Sena, semalam.

Beliau diminta mengulas isu kenaikan harga telur yang tidak pernah selesai dan dikatakan didalangi mereka yang memonopoli industri terbabit.

Saifuddin berkata, pihaknya mendapati ada 26 pedagang tempatan mengimport makanan ternakan dari Brazil dan Argentina sejak berpuluh tahun lalu dengan nilai import sekitar RM35 bilion setahun membabitka­n urusan perdaganga­n dibuat di Singapura.

Katanya, urusan terbabit termasuk dari segi kewangan, cukai dan insurans

Rakyat terpaksa menanggung beban sedangkan pedagang terbabit mengaut keuntungan berjuta ringgit”

Saifuddin Nasution Ismail

sebelum makanan ternakan itu dibawa masuk ke Malaysia dengan pemindahan harga yang mengakibat­kan berlaku kenaikan harga ke atas produk berkenaan.

“Sementara menunggu laporan lengkap disiapkan jawatankua­sa terbabit untuk dibentangk­an ke Jemaah Menteri, kementeria­n akan pantau bekalan dengan undang-undang sedia ada, penternak pula akan merungut mengenai kos dan saya akan terus berdepan rungutan rakyat dengan harga telur meningkat.

“Perkara ini akan mengambil masa untuk dijayakan tetapi dengan berhasilny­a usaha memecahkan monopoli terbabit maka sudah pastinya, ia memberi kesan jangka panjang kepada rakyat,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK membeli barangan keperluan harian sempena program jualan rakyat Parlimen Pokok Sena, semalam.
PENDUDUK membeli barangan keperluan harian sempena program jualan rakyat Parlimen Pokok Sena, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia