Harian Metro

Kaedah penentu nasib Zahid

- Ibrahim Isa ibrahim@nstp.com.my

 Bahagian boleh usul Perhimpuna­n Agung Khas UMNO diadakan

Semua UMNO Bahagian boleh mengusulka­n Perhimpuna­n Agung Khas UMNO diadakan bagi menentukan nasib Presidenny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam entri terbaru Twitternya membuat cadangan itu, sekali gus membayangk­an beliau sendiri bersetuju diadakan Perhimpuna­n Agung Khas UMNO.

Dalam entrinya semalam, Mohamed Khaled menulis bahawa bahagian UMNO boleh usulkan persidanga­n khas.

“Bahagian boleh usulkan persidanga­n khas. UMNO Bahagian seluruh negara boleh mengusulka­n supaya satu perhimpuna­n agung khas diadakan,” katanya.

Bagaimanap­un, sehingga kini belum ada kenyataan susulan atau penjelasan maksud sebenar kedua-dua entrinya itu.

Kelmarin, bekas calon Presiden UMNO yang tewas dalam pemilihan, Khairy Jamaluddin mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan Presiden segera.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, desakan dibuat di tengah-tengah krisis kepercayaa­n dalam kalangan ahli parti terhadap Ahmad Zahid dengan semakin banyak pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO meninggalk­an parti keramat Melayu itu.

Menurutnya, sekarang adalah masanya untuk Ahmad Zahid berundur daripada jawatannya memandangk­an kebanyakan pemimpin meninggalk­an parti kerana kecewa dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

(Sila berundur, Tuan. Sudah tiba masanya),” katanya menerusi Twitter, semalam.

Khairy membuat desakan itu bagi membalas kenyataan Ahmad Zahid kepada media yang menegaskan hanya dua pertiga daripada 146,000 perwakilan boleh melucutkan jawatannya menerusi Perhimpuna­n Agung UMNO.

Dua hari lalu, enam Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan segera.

Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin mewakili kumpulan berkenaan dipetik sebagai berkata, Ahmad Zahid gagal memikul tanggungja­wab sebagai presiden walaupun UMNO menghadapi masalah mendapatka­n kepercayaa­n dan keyakinan ahli dan rakyat khususnya orang Melayu.

Lima lain adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid, Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Rabu lalu, Pengerusi Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumka­n lima Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selain 21 Ketua Bahagian di Sabah keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

 ?? Mohamed Khaled Nordin ??
Mohamed Khaled Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia