Harian Metro

Tujuh Ahli Parlimen setia

-

Ipoh: Badan Perhubunga­n UMNO Perak mengesahka­n baki tujuh Ahli Parlimen yang tinggal di negeri ini akan kekal bersama parti dan tidak mengikut jejak langkah tiga bekas ahlinya yang keluar parti termasuk terbaru Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pengerusin­ya Datuk Saarani Mohamad berkata, semua Ahli Parllimen itu sudah menyatakan akan terus kekal dan tidak keluar parti walau apa jua berlaku.

“Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak) kata tidak akan tinggalkan parti, Datuk Hasbullah Osman (Gerik) yang juga Setiausaha Badan Perhubunga­n UMNO negeri juga kata tidak, Parit (Datuk Mohd Nizar Zakaria) juga tidak.

“Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas) juga tidak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) sudah pasti tidak, Kuala Kangsar (Datin Mastura Yazid) juga tidak, Lenggong (Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah) juga tidak akan meninggalk­an parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Badan Perhubunga­n UMNO Perak di sini, semalam.

Hadir sama, Tajuddin, Hasbullah, Nizar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan ketua UMNO bahagian.

Saarani berkata, mesyuarat itu turut membuat keputusan menuntut semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri ini yang keluar meninggalk­an parti supaya melepaskan jawatan mereka sebagai Ahli Parlimen atau ADUN.

Katanya, ia bagi membolehka­n pilihan raya kecil (PRK) diadakan sekali gus memberikan peluang kepada pengundi membuat pilihan semula kerana mereka dahulunya dipilih pengundi atas kapasiti Barisan Nasional (BN).

“Harus saya ingatkan kepada rakan saya, semasa kita menghantar borang pencalonan, ada satu dokumen yang sangat penting perlu dibawa bersama selain daripada borang pencalonan, kad pengenalan iaitu watikah tauliah yang ditandatan­gani Pengerusi BN.

“Watikah tauliah itu membenarka­n calon menggunaka­n lambang BN dalam pilihan raya, kalau tanpa watikah tauliah itu, dia (calon) tak boleh guna lambang BN, dia mungkin jadi calon bebas.

“Jadi kita tuntut mereka ini jadi untuk adil kepada pengundi maka lepaslah jawatan itu, biar diadakan PRK dan rakyat akan memilih siapa yang sebenarnya mereka mahu,” katanya.

Setakat ini, tiga Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Hamzah sudah meninggalk­an parti.

Manakala dua ADUN iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) dan Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) turut berbuat demikian sebelum ini.

Sementara itu, Saarani berkata UMNO Perak turut sebulat suara menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Ahmad Zahid sebagai presiden parti kerana beliau dipilih perwakilan pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2018 lalu.

 ??  ?? SAARANI
SAARANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia