Harian Metro

Mahu jumpa dua bekas KM

-

Ayer Keroh: Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik mahu bertemu dengan dua lagi bekas Ketua Menteri iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Idris Haron bagi memberi penjelasan mengenai hala tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Langkah itu susulan penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO itu ke parti berkenaan yang dianggap sebagai wadah alternatif untuk memartabat­kan semula orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Saya mahu jumpa Tan Sri (Mohd) Ali dan Datuk (Seri) Idris, nak bermuzakar­ah mengenai perkara ini,” katanya sebelum menyerahka­n borang keahlian BERSATU kepada Ketua Pimpinan negeri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof di Ayer Keroh D’ Village di sini, semalam.

Rahim, 68, turut mengumumka­n gerakan Hijrah Politik bertujuan untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai perkembang­an isu semasa yang berlaku di negara ini.

Pada majlis itu, Rahim turut menyerahka­n lebih 100 borang keahlian BERSATU kepada Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti berkenaan.

Hadir sama, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Ab Karim Sulaiman.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sebab beliau meninggalk­an UMNO yang disertainy­a sejak lebih 40 tahun lalu, Rahim berkata, perjuangan parti berkenaan ketika ini jauh terpesong.

Katanya, UMNO tidak lagi seperti zaman pemerintah­an Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat ikhlas berjuang membela nasib bangsa selain menjulang martabat Islam.

 ??  ?? IDRIS
IDRIS
 ??  ?? MOHD Ali
MOHD Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia