Harian Metro

Kereta terbabas putus dua

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

 Seorang maut, tiga cedera kenderaan langgar tiang lampu jalan ketika hujan pada awal pagi

Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi rakannya cedera apabila kereta Proton Iswara dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu jalan di Kilometer 4 Jalan Skudai-Pantai Lido di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 3 pagi itu mengakibat­kan penumpang hadapan kereta iaitu seorang lelaki berusia 20-an yang identitiny­a belum dikenal pasti maut manakala pemandu kereta dan dua penumpang di belakang berusia antara 16 dan 17 tahun cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superinten­dan Mohd Afzanizam Yahaya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki empat lelaki itu yang bergerak dari pusat bandar ke Skudai hilang kawalan dipercayai akibat jalan licin kerana hujan.

“Kereta mereka hilang kawalan sebelum terbabas melanggar satu tiang lampu di bahu jalan menyebabka­n kereta itu terbalik dan terputus dua. Pemandu kereta parah, penumpang hadapan maut manakala dua penumpang di belakang cedera ringan.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut termasuk mayat mangsa untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menjalanka­n siasatan bagi mendapatka­n identiti semua mangsa memandangk­an pemandu dan penumpang depan kereta itu tidak membawa kad pengenalan.

Katanya, setakat ini, pihaknya menolak kemungkina­n kemalangan berpunca daripada pemandu kereta yang mabuk kerana semua mangsa masih di hospital. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru diarah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.14 pagi.

Mereka yang tiba bersama sembilan anggota dengan sebuah jentera serta sebuah van Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) mengeluark­an mangsa dari dalam kereta yang terbabit nahas.

Mangsa yang cedera juga dihantar ke HSA menggunaka­n van EMRS sebelum operasi ditamatkan jam 4.09 pagi.

 ??  ??
 ??  ?? KEMALANGAN yang berlaku selepas kereta yang terbabas melanggar tiang lampu jalan di KM4 Jalan Skudai-Pantai Lido, semalam.
KEMALANGAN yang berlaku selepas kereta yang terbabas melanggar tiang lampu jalan di KM4 Jalan Skudai-Pantai Lido, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia