Harian Metro

600 terima RM200 kelengkapa­n sekolah

-

Seremban: Seramai 600 murid kurang berkemampu­an menerima kelengkapa­n sekolah bernilai RM200 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena program Kembali Ke Sekolah, semalam.

Ketua (Perkhidmat­an Pelanggan) Bahagian Pemasaran TNB Negeri Sembilan, Wan Ishak Soed berkata, murid berusia tujuh hingga 12 tahun itu menerima set pakaian sekolah, kasut, beg dan alat tulis.

Katanya, pihaknya mengenal pasti 25 lokasi di daerah Seremban, Tampin dan Port Dickson untuk menyerahka­n bantuan yang dijalankan sejak 2013.

“Sumbangan inisiatif tanggungja­wab korporat TNB itu bertujuan meringanka­n beban ibu bapa terutama mereka yang mempunyai ramai anak dalam menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an,” katanya ketika berucap pada program itu di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini.

Majlis itu disempurna­kan Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Dewan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun.

Mengulas lanjut, Wan Ishak berkata, di setiap daerah pihaknya memilih 200 murid menjadikan jumlah keseluruha­n sumbangan TNB bagi menjayakan program itu adalah RM120,000.

Beliau berharap sumbangan itu dapat mendorong dan memberikan semangat kepada murid supaya berusaha gigih untuk berjaya dalam pelajaran.

“TNB percaya pelajaran yang baik dapat mengubah kehidupan seseorang itu manakala masa depan negara dapat menjadi lebih baik jika dipupuk di peringkat awal oleh semua pihak,” katanya.

 ??  ?? AMINUDDIN menyampaik­an sumbangan kepada penerima bantuan persekolah­an sempena program Kembali Ke Sekolah di Dewan Orang Ramai Sikamat, Negeri Sembilan.
AMINUDDIN menyampaik­an sumbangan kepada penerima bantuan persekolah­an sempena program Kembali Ke Sekolah di Dewan Orang Ramai Sikamat, Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia