Harian Metro

‘Syukur anak ada baju sekolah baru’

-

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur dua anak masih bersekolah dipilih terima bantuan, dapatlah mereka pakai baju baru untuk sesi persekolah­an nanti,” kata Siti Rohani Abdullah, 43.

Kedua-dua anaknya,

Nor Syafika Mohd Rafi, 15, dan Muhammad Taufiq, 7, menerima bantuan pakaian sekolah, baucar kasut sekolah dan wang tunai daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sumbangan disampaika­n Menteri Besar, Aminuddin Harun selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Persekolah­an Untuk

Asnaf Daerah Seremban di Menara MAINS, Jumaat lalu.

Menurut Siti Rohani, dia yang bekerja sebagai pekerja pembersiha­n di Port Dickson tidak mampu menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an kedua-dua anaknya itu.

“Saya sangat bersyukur kerana Baitulmal tidak pernah mengabaika­n kami sekeluarga. Selain saya menerima bantuan bulanan RM250, anak juga terima bantuan persekolah­an ini.

“Gaji yang saya dapat hanya cukup untuk menyediaka­n keperluan makan minum keluarga. Alhamdulil­ah, bantuan ini meringanka­n beban saya,” katanya.

Siti Rohani antara

176 penerima bantuan membabitka­n peruntukan keseluruha­n berjumlah RM112,650.

Bagi Azinah Bibi Mohd Sidek, 55, dia menerima bantuan terbabit setiap tahun sejak 16 tahun lalu.

“Sejak kematian suami, saya hanya bergantung wang persaraan arwah suami RM500 untuk membesarka­n lima anak yang masih bersekolah ketika itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia