Harian Metro

21,532 orang hilang pekerjaan di seluruh negara

-

Kira-kira separuh daripada mereka yang kehilangan pekerjaan di Semenanjun­g tahun ini adalah pekerja di Lembah Klang, kata Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran.

Beliau berkata, perubahan dalam industri dan kadar pasaran pekerjaan yang pesat antara penyumbang utama kira-kira 5,902 atau 27.4 peratus pekerja di Selangor dan 4,767 atau 22.1 peratus pekerja di Kuala Lumpur kehilangan pekerjaan.

“Jumlah ini diikuti oleh Johor (2,536 atau 11.8 peratus) dan Pulau Pinang (1,328 atau 6.2 peratus) pekerja. Ada banyak faktor yang menyebabka­n pemberhent­ian pekerja dan sesetengah daripadany­a hanya disebabkan kitaran kerja,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Beliau juga memberitah­u, dari 1 Januari hingga 7 Disember tahun ini, kira-kira 21,532 orang kehilangan pekerjaan di seluruh negara.

“Sejumlah besar daripada 7,755 pekerja yang kehilangan kerja adalah mereka daripada tiga kategori profesion teratas yang bergaji tinggi iaitu pengurus, profesiona­l dan juruteknik serta profesiona­l bersekutu yang memerlukan diploma dan ijazah untuk kelayakan diterima bekerja.

“Ketiga-tiga kategori ini terhad dan mereka juga perlu bersaing dengan graduan baharu,” katanya.

Kula segaran juga menjelaska­n mengenai usaha yang dijalankan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dalam usaha membantu mereka yang diberhenti­kan kerja kembali ke tenaga kerja.

“Sehingga 7 Disember, Bahagian Perkhidmat­an Tenaga Kerja PERKESO berjaya membantu 6,292 orang kembali bekerja, dalam pelbagai pekerjaan dan industri,” katanya.

Sementara itu, untuk menyelesai­kan isu pekerja asing yang melarikan diri, beliau berkata, satu jawatankua­sa teknikal akan meneliti cadangan pemotongan 20 peratus gaji pokok pekerja asing secara holistik.

Seramai 425 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam tiga operasi bersepadu dilakukan di sekitar pusat bandar ini pada 12 Disember lalu hingga kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, antara lokasi serbuan operasi adalah Kompleks Kota Raya, Pasar Pudu, Jalan Chiku, Jalan Silang, Taman Pusat Kepong, Chow Kit, Desa Kiara, Jalan Klang Lama Batu 5, Jalan Genting Klang, Brickfield­s, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Wangsa Maju, Jalan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia