Harian Metro

‘Cuci’ lambakan PATI

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 425 pendatang ditahan dalam operasi di sekitar ibu kota

Gajah Pudu, Cheras dan Dang Wangi.

“Seramai 728 warga asing diperiksa dalam operasi terbabit. Daripada jumlah itu, 425 daripada mereka yang terdiri daripada 394 lelaki serta 31 wanita terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan adalah warga Bangladesh, Myanmar, Indonesia, India, Pakistan, Nepal, Filipina, Zimbabwe, Sri Lanka, Nigeria dan Uganda.

“Semakan mendapati 15 warga Nigeria termasuk dua wanita serta seorang wanita warga Uganda yang ditahan dalam operasi itu terbabit dengan tujuh kes penipuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mazlan berkata, operasi itu dijalankan oleh Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) bersama jabatan lain Kontinjen Polis Kuala Lumpur bersama Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT).

“Semua yang ditahan dibawa ke lokap berpusat Jinjang, lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan lokap IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), manakala 15 warga India dan seorang warga Uganda terbabit turut ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu kebanjiran PATI di Kuala Lumpur.

“Polis Kuala Lumpur komited untuk meneruskan operasi seumpama ini bagi membantera­s masalah kebanjiran PATI, sekali gus memastikan bandar raya ini dalam keadaan selamat.

“Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif untuk melakukan operasi bersepadu bersama agensi lain.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubung­i Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 584/585 atau menghubung­i mana-mana balai polis berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.
ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia