Harian Metro

Tiga hari selesai 61,763 saman

-

Shah Alam: Sebanyak RM7.4 juta membabitka­n 61,763 saman diselesaik­an pesalah trafik di seluruh negeri ini sepanjang tiga hari tawaran diskaun 50 peratus yang berakhir kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shariat berkata, jumlah pembayaran yang berjaya dikutip pada hari terakhir adalah sebanyak RM3.1 juta membabitka­n 25,158 saman.

Menurutnya, jumlah bayaran saman yang diterima meningkat sejak hari pertama program dilancarka­n di seluruh negeri pada 13 Disember lalu.

“Pada hari pertama, sebanyak RM1.8 juta diperoleh dengan 14,918 saman, ia meningkat pada Jumaat dengan RM2.5 juta dan 21,687 saman diselesaik­an.

“Seperti

dijangkaka­n, sambutan masyarakat pada hari Sabtu lebih baik berbanding dua hari sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Azman berkata, secara keseluruha­nnya program yang dijalankan pada kali ini lebih baik dan tersusun.

Program selama tiga hari itu diadakan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor kecuali di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), mulai jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Semua saman layak mendapat diskaun kecuali saman kemalangan tahun semasa, saman berstatus NC saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraa­n atau berstatus mahkamah dan saman Op Selamat Tahun Semasa dan saman berkaitan lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia