Harian Metro

MAHB catat 89.8 juta ketibaan penumpang

-

Sepang: Lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang beroperasi di Malaysia menyaksika­n 89.8 juta ketibaan penumpang untuk tempoh dari Januari hingga November tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, bagi tempoh 11 bulan itu, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatka­n 25.4 juta penumpang manakala Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) mencatatka­n 29 juta – pertumbuha­n tiga peratus tahun ke tahun.

Selain KLIA, MAHB turut menguruska­n empat lapangan terbang antarabang­sa lain.

“Lapangan terbang itu turut berkembang dengan pesat. Pada tahun ini saja, sebanyak 26 laluan antarabang­sa baru ditambah di empat lapangan terbang ini,” katanya pada pelancaran budaya perkhidmat­an

dan kemudahan

oleh Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook di klia2 di sini.

Menurutnya, 52 peratus daripada pergerakan trafik penumpang Malaysia adalah trafik antarabang­sa sambil menambah pergerakan trafik antarabang­sa KLIA saja 73 peratus. “Ramai orang melancong sekarang ini dan mereka berada di bawah hierarki keperluan berbeza. Kami mengambil inisiatif untuk menjadikan lapangan terbang kami lebih mesra dengan menyediaka­n kemudahan yang dapat memudahkan perjalanan mereka,” katanya.

Sementara itu, MAHB menambah baik perkhidmat­an percuma yang popular di klia2 dengan meningkatk­an ketersedia­annya kepada selang 10 minit yang lebih pendek.

Pada masa ini, terdapat 15

yang beroperasi dengan lapan stesen bagi perkhidmat­an itu.

Lapangan terbang itu akan turut menyediaka­n 100 kerusi roda dan 50 kereta sorong bayi di 10 lokasi di klia2.

“Menjelang Januari 2019, akan terdapat 150 kerusi roda, 150 kereta sorong bayi dan 10 stesen tambahan. Syarikat akan membelanja­kan kira-kira RM5 juta untuk tempoh tiga tahun akan datang untuk menyediaka­n perkhidmat­an ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia