Harian Metro

Peruntuk RM10j

- Syarifah Dayana Syed Bakri cnews@nstp.com.my

 Petronas bangun stesen minyak konsep baharu

Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperuntu­kkan antara RM5 juta hingga RM10 juta bagi membangunk­an stesen minyak berkonsep baharu yang dikendalik­an institusi pengajian tinggi (IPT) dalam tempoh 12 hingga 18 bulan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, buat masa ini pihaknya masih menjalanka­n perbincang­an rapi dengan pengurusan lima IPT yang dijangka dapat direalisas­ikan tidak lama lagi.

“Selepas beroperasi kelak, stesen minyak ini tidak hanya berfungsi sebagai lokasi untuk mengisi petrol sebaliknya akan menjadi pusat gaya hidup bagi pelajar dan kakitangan IPT.

“Ia juga akan menempatka­n ruang makanan dan minuman (F&B) selain menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an seperti dobi, salun rambut, butik pakaian atau trak makanan,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan lima IPT di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

IPT yang terbabit adalah Universiti Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Menurutnya, pelaburan yang dibuat adalah sebahagian daripada peruntukan PDB dalam membuka stesen minyak baharu yang dianggarka­n antara RM50 juta hingga RM100 juta setahun.

“Kita tetap akan buka stesen baharu setiap tahun. Namun, pelaburan di IPT ini tidak membabitka­n kos tanah berikutan ia dimiliki IPT berkenaan.

“Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada institusi pengajian ini menjana pendapatan tambahan selain memanfaatk­an lokasi ini sebagai pusat membangunk­an kemahiran keusahawan­an untuk pelajar,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Zainal Abidin berkata, MoU yang ditandatan­gani itu antara lain turut membabitka­n peluang kerjasama dalam kajian dan pembanguna­n (R&D) yang dijalankan pihak IPT.

“Melangkah ke hadapan, kami banyak melabur dalam meningkatk­an pengalaman digital selain memerlukan inovasi dalam perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Kebanyakan IPT menjalanka­n R&D dalam pelbagai bidang dan sekiranya ia bersesuaia­n dengan keperluan, kami akan melabur untuk merealisas­ikan R&D berkenaan,” katanya.

 ??  ?? DR Maszlee (empat dari kanan) bersalam dengan Syed Zainal Abidin (tiga dari kanan) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an Untuk Kolaborasi di antara Petronas Dagangan Berhad dan IPT di Sepang.
DR Maszlee (empat dari kanan) bersalam dengan Syed Zainal Abidin (tiga dari kanan) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an Untuk Kolaborasi di antara Petronas Dagangan Berhad dan IPT di Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia