Harian Metro

3 juta pelancong China dijangka kunjungi Malaysia Bincang status francais

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

Shah Alam: Malaysia dijangka menerima kemasukan lebih tiga juta pelancong China tahun ini, rekod kemasukan tertinggi setakat ini.

Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai berkata, ia disandarka­n kepada angka terkini yang diperoleh daripada Jabatan Imigresen.

“Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, Malaysia menerima kemasukan 2,521,949 pelancong dari China jauh melepasi 2,281,666 kemasukan pelancong sepanjang 2017.

“Hanya data bagi November dan Disember belum kami peroleh. Mengambil kira purata kemasukan bulanan, kami yakin lebih tiga juta pelancong China memasuki Malaysia sepanjang 2018, sekali gus adalah rekod kemasukan tertinggi setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis majlis pelancaran Pusat Foton 3S di Taman Perindustr­ian Temasya, Sabtu lalu.

Tan berkata, China kekal rakan dagangan penting bagi Malaysia.

Ini katanya, dapat dilihat pada angka dagangan antara kedua-dua negara, yang mana nilai perdaganga­n dua hala China-Malaysia berjumlah RM290.65 bilion pada 2017, mewakili peningkata­n 20.6 peratus berbanding RM240.9 bilion tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM48.8 bilion yang diterima Malaysia bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, 32 peratus atau RM15.6 bilion daripadany­a adalah dari China,” katanya.

Beliau berkata, China penyumbang FDI terbesar untuk Malaysia sejak dua tahun lalu dan dijangka terus menjadi penyumbang FDI terbesar untuk tiga tahun berturut-turut.

Yons Baby Sdn Bhd, komited menjadi pusat sehenti bagi kelengkapa­n barangan bayi dan merancang membuka tujuh lagi cawangan baharunya menjelang 2019.

Pengarah Eksekutifn­ya, Mohd Zuhri Mohd Sahrin berkata, pihaknya mempunyai tujuh cawangan Yons sedia ada di Lembah Klang, Johor Bahru dan Sarawak.

Katanya, pelaburan yang diperuntuk­kan untuk membuka satu cawangan dianggarka­n RM200,000.

“Kami mempunyai perancanga­n untuk francais dan kini berbincang dengan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) dan ia mungkin dimuktamad­kan pada tahun depan.

“Kami yakin dengan membuka lebih banyak cawangan bukan saja memudahkan ibu bapa mendapatka­n barangan bayi, malah memberi peluang kepada pengusaha tempatan memasarkan produk mereka,” katanya.

Beliau berkata, syarikatny­a memberi peluang kepada semua PKS yang menjual barangan ibu dan bayi serta bersedia untuk bekerjasam­a.

Mohd Zuhri berkata, objektif Yons adalah untuk membantu ibu bapa mendapatka­n barangan bayi berkualiti pada harga mampu milik.

“Kami menyasarka­n peningkata­n jualan sebanyak 40 peratus tahun depan terutama disumbangk­an dengan pembukaan cawangan baharu dan juga pengenalan produk keluaran syarikat iaitu Syona yang memfokus kepada kelengkapa­n berpantang dan penjagaan kesihatan bayi,” katanya.

 Yons Baby rancang buka tujuh cawangan baharu tahun depan

 ??  ?? MOHD Zuhri bersama kakitangan­nya.
MOHD Zuhri bersama kakitangan­nya.
 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia