Harian Metro

Perangai buruk penumpang kereta api curi tempat duduk

-

Beijing: Dua wanita didakwa kerana menggugat ketenteram­an awam selepas mencuri tempat duduk penumpang kereta api lain dan enggan bangun apabila pemilik tiket sebenar muncul dalam tangkapan pertama seumpamany­a di China.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita cuma dikenali sebagai Li dipenjara tujuh hari selepas pertengkar­an dalam kereta api berkelajua­n tinggi di Wuxi, wilayah Jiangsu, minggu lalu, lapor Yangtse Evening News.

Li bertengkar dengan seorang lelaki yang juga pemilik tiket untuk tempat duduk berkenaan, kata polis kereta api.

Penumpang lain mengadu perbuatann­ya kepada kakitangan dan polis kereta api, namun wanita itu tetap enggan beralih.

Malah dalam video yang tersebar, dia didengar bertanya: “Adakah ini tempat duduk kamu? Siapa kata? Nama kamu ada di sinikah?”

Li ditahan sebaik kereta api berhenti di Nanjing.

Pada hari sama, seorang lagi wanita dikenali sebagai Liu, 22, menaiki tren dari Baotou di Inner Mongolia ke Dalian di wilayah Liaoning turut ditahan kerana mencuri tempat duduk penumpang lain.

Wanita itu enggan beralih kerana mendakwa dia mengambil tempat itu dulu, lapor China Central Television.

Liu kemudian memaki hamun penumpang lain dan seorang polis kereta api yang cuba memujuknya berpindah, seterusnya mencetuska­n pergaduhan di dalam pengangkut­an awam, kata polis Dalian.

Dia dipenjara lima hari susulan kejadian itu.

Dua kes itu setakat ini hukuman paling tegas dalam kes seumpamany­a dalam pada keadaan seperti itu semakin banyak dilihat berlaku di China.

Pada Ogos lalu, seorang pelajar bernama Sun dikritik hebat pengguna Internet selepas mencuri tempat duduk penumpang lain dalam tren yang separuh kosong.

Butiran peribadi Sun disebarkan pengguna Internet selepas rakaman berkenaan tular.

Sun turut didenda 200 yuan (RM121) dan dilarang membeli tiket kereta api selama 180 hari sebagai hukuman, selepas perbuatann­ya direkodkan sistem kredit sosial negara itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia