Harian Metro

Pertempura­n masih sengit

- Agensi

 Tentera kerajaan Yaman bertempur hebat dengan pemberonta­k Houthi di Hodeidah

Pertempura­n sengit dilaporkan berlaku di bandar pelabuhan Hodeidah sejak Sabtu lalu, membawa kebimbanga­n kegagalan gencatan senjata yang dipersetuj­ui antara kerajaan Yaman dengan pemberonta­k Houthi.

Jumaat lalu, wakil pemberonta­k dan kerajaan Yaman yang menyertai rundingan damai tajaan PBB di Sweden, mencapai persetujua­n pelaksanaa­n gencatan senjata sebelum pengundura­n tentera dari kawasan konflik boleh dilakukan.

Menurut laporan AFP semalam, sekurang-kurangnya 29 pemberonta­k, termasuk 22 anggota Houthi terbunuh sejak Sabtu lalu, dalam pertempura­n darat dan serangan udara di wilayah Hodeidah.

Menurut sumber tentera kerajaan, tujuh pemberonta­k ditahan dalam serangan di daerah Al-Durayhimi, 20 kilometer dari Hodeidah.

Menurut penduduk yang dihubungi melalui telefon, pertempura­n amat sengit dan bunyi jet boleh didengar sepanjang malam sehingga 5 pagi, semalam.

Berdasarka­n persetujua­n di Sweden itu, tentera kerajaan Yaman dan pemberonta­k akan berundur dari Hodeidah beberapa hari selepas gencatan senjata bermula.

Menurut laporan AlJazeera semalam, jurucakap Houthi berkata: “Kami menerima pesanan daripada PBB menetapkan tarikh permulaan gencatan senjata di Hodeidah pada 18 Disember.”

Persetujua­n itu turut membabitka­n pertukaran kira-kira 15,000 tahanan yang dijangka diselesaik­an sebelum 20 Januari.

Menurut AFP, kedua-dua pihak bersetuju bertemu lagi pada hujung Januari untuk perbincang­an lanjut rangka rundingan damai.

Konflik di Yaman bermula pada 2014 selepas pemberonta­k Houthi menawan Sanaa dan mengguling­kan kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Tentera pakatan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masuk campur menggempur pemberonta­k Houthi sejak 2015.

Perang Yaman menyebabka­n lebih 60,000 terbunuh dengan separuh daripada hampir 30 juta rakyatnya kini diancam kebuluran.

 ??  ?? BAYI perempuan, Ferial Elias, 2, yang mengalami kekurangan zat menerima rawatan di Hospital l-Thawra, Hodeidah, Yaman, bulan lalu. - Reuters
BAYI perempuan, Ferial Elias, 2, yang mengalami kekurangan zat menerima rawatan di Hospital l-Thawra, Hodeidah, Yaman, bulan lalu. - Reuters
 ??  ?? KANAK-KANAK di daerah Abs, wilayah Hajjah ini antara puluhan ribu bayi dan kanak-kanak di Yaman yang mengalami kekurangan zat yang serius. - AFP
KANAK-KANAK di daerah Abs, wilayah Hajjah ini antara puluhan ribu bayi dan kanak-kanak di Yaman yang mengalami kekurangan zat yang serius. - AFP
 ??  ?? BAYI ini, Nusair, 11 bulan, yang menderita cirit-birit dan muntah teruk akibat makanan tidak berkhasiat terlantar sepanjang masa di atas katil di rumahnya di Hodeidah. - SAVE THE CHILDREN
BAYI ini, Nusair, 11 bulan, yang menderita cirit-birit dan muntah teruk akibat makanan tidak berkhasiat terlantar sepanjang masa di atas katil di rumahnya di Hodeidah. - SAVE THE CHILDREN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia