Harian Metro

Baitulmaqd­is: Australia sudah jangka kritikan

-

Canberra: Australia yang mengekalka­n keputusann­ya mengiktira­f Baitulmaqd­is Barat sebagai ibu negara Israel, sudah menjangka bakal menerima bantahan dan kritikan negara serantau, termasuk Indonesia dan Malaysia.

AFP melaporkan, Perdana Menteri Scott Morrison, berkata semalam, sebelum mengumumka­n keputusan itu, reaksi antarabang­sa sudah diambil kira dan Australia akan terus menyokong usaha penyelesai­an dua negara.

“Saya rasa tindak balas yang kita dapat daripada negara lain setakat ini, sudah diambil kira.

“Australia akan terus menghormat­i usaha penyelesai­an dua negara (penubuhan negara Palestin) yang kekal menjadi tujuan kami” katanya.

Morrison membayangk­an dasar luar mengiktira­f Baitulmaqd­is Barat sebagai ibu negara Israel Oktober lalu, yang membangkit­kan kemarahan Indonesia hingga menyebabka­n rundingan dagang kedua-dua negara tergantung.

Semalam, Bernama melaporkan, Malaysia melalui Wisma Putra mengeluark­an kenyataan menentang keras langkah Australia itu dan menganggap keputusan itu ‘terlalu awal’ serta ‘memalukan rakyat Palestin’.

Wisma Putra mengulangi pendirian teguh selama ini bahawa penyelesai­an dua-negara, iaitu Palestin dan Israel tinggal bersebelah­an dalam suasana aman berdasarka­n perjanjian sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqd­is Timur menjadi ibu negara Palestin adalah penyelesai­an yang sesuai bagi konflik Palestin-Israel.

Sabtu lalu, Morrison bagaimanap­un berkata, pemindahan Kedutaan Australia dari Tel Aviv tidak akan dilakukan sehingga penyelesai­an damai tidak dicapai.

Menurutnya, buat masa ini, Australia akan menubuhkan pejabat kerjasama pertahanan dan perdaganga­n di Baitulmaqd­is.

Baitulmaqd­is menjadi isu utama dalam rundingan antara Israel dan Palestin bagi penubuhan negara merdeka Palestin.

Israel menganggap seluruh Baitulmaqd­is, termasuk bahagian timur adalah miliknya selepas Perang Enam Hari pada 1967 untuk dijadikan ibu negaranya.

Palestin dengan sokongan antarabang­sa mahu Baitulmaqd­is Timur sebagai bandar raya utama negara Palestin yang diharap dapat ditubuhkan meliputi Semenanjun­g Gaza dan Tebing Barat. - Agensi

 ??  ?? AUSTRALIA belum memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv walaupun secara rasmi mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel. - Agensi
AUSTRALIA belum memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv walaupun secara rasmi mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia