Harian Metro

Simpan mayat dalam sofa

- Agensi

 Lelaki bunuh teman wanita, sorok mayat selama empat hari

Seorang lelaki membunuh kekasihnya pada sambutan hari jadinya yang ke-25 baru-baru ini sebelum menyimpan mayatnya selama empat hari, malah menyorokny­a dalam katil sofa setiap kali dia keluar rumah.

Evgeny Malakhov dipercayai menikam mati Marina Abdulina, 31, ketika pertengkar­an yang bertukar ganas di rumahnya di kawasan perindustr­ian Sverdlovsk Oblast, Russia.

Ketika keluar rumah, dia menyorok mayat Marina di dalam katil sofa berkenaan, namun mengeluark­annya jika dia berseorang­an di kediaman itu, lapor The Metro. Penyiasat kini menyiasat sama ada dia melakukan sesuatu pada mayat itu setiap kali dikeluarka­n.

Kejadian itu disedari selepas rakan baik Marina, Olga Zudova, risau apabila langsung tiada khabar berita ibu beranak dua itu selepas beberapa hari.

“Dia hilang begitu saja, dan langsung tidak menjawab panggilan atau pesanan ringkas saya. Saya tahu sesuatu tidak kena lalu menghubung­i pihak berkuasa,” katanya.

Ibu Malakhov juga mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anaknya malah bersemuka dengannya mengenai Marina, lapor The Mirror.

“Dia mula bertanya pelbagai soalan sebelum Malakhov dengan tenang mengaku membunuh Marina dan menyumbatn­ya dalam sofa. Maksudnya, sepanjang tempoh itu dia memang tinggal bersama mayat Marina,” kata Olga.

Malakhov kini berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa atas tuduhan membunuh Marina.

Dia sebelum ini pernah dipenjara setahun kerana memukul Marina, yang diselamatk­an selepas anak perempuann­ya yang ketika itu berusia 11 tahun berjaya melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapat bantuan.

“Berulang kali saya cuba memujuk Marina meninggalk­an Malakhov. Namun setiap kali dia menjawab ‘Saya sayangkann­ya,’” kata Olga.

 ??  ?? MALAKHOV menikam mati Marina pada hari jadinya. - Agensi
MALAKHOV menikam mati Marina pada hari jadinya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia