Harian Metro

MENJERIT TERLAMPAU TERUJA

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Tiga tahun lalu, Jess Wy mewujudkan akaun di YouTube bagi berkongsi rakaman video menyanyi lagu artis terkenal di platform media sosial itu.

Namun, tidak pernah terlintas dalam fikiran anak muda ini rakaman lagu ‘cover’ Waiting For

You nyanyian asal Jay Chou menjadi tular di media sosial.

Menurut Jess atau nama sebenarnya Lui Wan Yen, video yang dimuat naik dalam YouTube, Januari lalu mencuri perhatian penyanyi popular Taiwan itu.

“Rakan saya memberitah­u ada selebriti terkenal berkongsi video nyanyian saya di media sosial. Pada mulanya, saya sukar mempercaya­i selebriti itu adalah Jay sendiri.

“Malah, saya menyemak akaun Facebook peribadi Jay dan laman peminatnya untuk mendapatka­n kepastian,” katanya pada acara Pemuzik Generation YouTube, barubaru ini.

Oleh kerana terlampau teruja, Jess menjerit sekuat hati sehingga ibunya menyangka ada ular masuk dalam rumah.

“Sukar untuk saya menggambar­kan perasaan gembira ketika itu. Terima kasih kepada Jay, jumlah pengikut saya meningkat berkali berganda,” katanya.

Setakat ini, video Waiting For You yang memaparkan Jess menyanyi sambil bermain keyboard ditonton lebih 373,000 kali.

Bercerita lanjut mengenai perjalanan­nya sebagai penyanyi YouTube, Jess memberitah­u pada awalnya kurang keyakinan diri untuk berkongsi rakaman video nyanyianya di media sosial.

“Seorang rakan berjaya meyakinkan saya dan turut menghadiah­kan mikrofon kondenser untuk memulakan saluran sendiri di YouTube,” katanya.

Sehingga kini, Jess sudah merakamkan 35 video dan mempunyai

9,877 pengikut.

Turut diperkenal­kan di Pemuzik Generation YouTube adalah kumpulan Shaddy Factory, duo EB Duet dan Takaharasu­iko.

 ??  ??
 ??  ?? ARTIS YouTube, Eb Duet (depan) Wy (kanan) Shaddy Factory (tengah) dan Takaharasu­iko pada majlis memperkena­lkan mereka di Zebra Square.
ARTIS YouTube, Eb Duet (depan) Wy (kanan) Shaddy Factory (tengah) dan Takaharasu­iko pada majlis memperkena­lkan mereka di Zebra Square.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia