Harian Metro

Tidur di tikar, mandi sungai

Bella tidak anggap kesukaran dihadapi seperti dilalui penduduk kampung sebagai masalah

-

“Penduduk itu tiada kemudahan elektrik mahupun isyarat telekomuni­kasi dan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan. Ketika di sana, saya dapat merasai tidur beralas tikar, mandi di sungai dan berkongsi satu tandas dengan semua orang,” katanya.

Bagaimanap­un, pelakon berusia 30 tahun ini tidak menganggap kesukaran dilalui penduduk terbabit sebagai sesuatu yang leceh baginya.

“Bagi saya, jika penduduk ini boleh melalui kehidupan ini tanpa sebarang masalah, saya juga boleh melakukann­ya.

“Sepanjang berada di sana, saya seronok bergaul dengan penduduk. Tambahan pula, semua pelakon dan kru dapat fokus sepenuhnya terhadap penggambar­an kerana terputus daripada sebarang komunikasi luar,” katanya.

Menurut Bella, Ambu yang sebahagian­nya berdasarka­n kisah benar selain kelainan jalan cerita antara sebab dia memilih berlakon dalam filem itu.

“Sebenarnya, saya dapat tawaran berlakon sebuah filem yang akan menjalani penggambar­an di New York, Amerika Syarikat, tetapi ditolak kerana memilih Ambu.

“Saya tiada masalah berlakon dalam mana-mana genre filem, cuma lebih menekankan kualiti skrip,” katanya.

Bercerita lanjut, sepanjang tempoh penggambar­an di kampung itu, Bella memberitah­u terlalu merindui keluarga terutama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anak tirinya, Aleesya.

“Aleesya anak yang sangat manja, sudah tentu saya sangat merinduiny­a. Selepas keluar dari kawasan itu dan dapat isyarat telekomuni­kasi, saya segera menghubung­i keluarga dan suami,” katanya.

Akan datang, Bella bakal membintang­i sebuah filem dan merancang menunaikan umrah menerusi kerjasama dengan agensi perlancong­an di Indonesia.

Belum hamil

Dalam perkembang­an lain, sejak mendirikan rumah tangga setahun lalu dengan Engku Emran, bintang filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini sering ditanya netizen mengenai cahaya mata.

Malah, timbul khabar angin mengatakan dia sudah mengandung.

Menjelaska­n perkara itu, Bella mempercaya­i khabar angin terbabit timbul kerana badannya agak berisi sebelum ini.

“Selepas berpindah ke Malaysia untuk tinggal bersama suami, saya kuat makan sehingga badan naik. Sekarang, berat sudah turun dan boleh kawal makan.

“Bagi saya pertanyaan bila hamil adalah perkara biasa dihadapi setiap wanita yang sudah berkahwin,” katanya yang mempunyai 24 juta pengikut di Instagram.

Kata pelakon itu lagi, dia tidak mengambil pusing komen negatif segelintir netizen yang kurang senang melihat kehidupann­ya di media sosial.

Selain karier seni, Bella turut menceburi bidang perniagaan dan melancarka­n koleksi tudung jenama LCB di butiknya di Publika, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tahun depan, dia merancang mengeluark­an koleksi baju kurung Melayu dengan sentuhan elemen Indonesia sempena sambutan Aidilfitri.

 ??  ??
 ?? FOTO ROHANIS SHUKRI ??
FOTO ROHANIS SHUKRI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia