Harian Metro

Pemindahan ilmu fertigasi cili

-

Bagi tempoh enam bulan pertama, pelajar didedahkan kepada teori kaedah dan pemindahan anak pokok ke dalam beg semaian.

Teknik penjagaan dan aplikasi sistem pengairan fertigasi sangat dititikber­atkan untuk tempoh enam bulan pertama ini.

Menurut pegawai penyelidik program Rudie Tajuddin, Transforma­si Kemahiran Pertanian Komuniti Tahfiz adalah program yang berunsurka­n pemindahan ilmu untuk disampaika­n kepada golongan sasar dan boleh dimanfaatk­an secara berterusan.

“Ia antara hasrat

UCTC UPM untuk memperkasa­kan kepentinga­n pemindahan ilmu dan seterusnya golongan yang dilatih akan melatih lebih ramai lagi peserta lain pada masa akan datang.

“Hasil kajian yang bakal dikeluarka­n pada akhir program kelak akan menunjukka­n kecenderun­gan pelajar tahfiz terhadap kepentinga­n pertanian bandaran, peningkata­n pengetahua­n dan keupayaan mereka menjana kewangan dengan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kebajikan dan Kemasyarak­atan Masjid Al Iman, Kemensah

Height Datuk Azwan Aboo Mansoor turut menyokong usaha sama ini. Malah sangat berbesar hati dengan program pemindahan ilmu fertigasi cili ini kepada Pusat Tahfiz Al Munawwarah.

“Saya berharap dengan kerjasama ini, pusat Tahfiz Al Munawwarah akan menjadi pusat kerjasama masyarakat, jaringan universiti dan sebagai projek perintis untuk pusat tahfiz terpilih serta berdekatan,” katanya.

Program ini dijangka membuahkan hasil dan dapat membantu pusat tahfiz dalam usaha menjana ekonomi sendiri.

Di samping itu, pelajar dan guru yang dilatih diharap bakal menjadi pakar dalam fertigasi cili selain dapat menghasilk­an tanaman cili berskala sederhana ini dengan sendiri suatu hari nanti.

Pusat Tahfiz Al Munawwarah akan menjadi satu pusat rujukan sehenti dan contoh kepada institusi lain pada masa akan datang.-Hartini Mohd Nawi

Program bantu pusat tahfiz menjana ekonomi

sendiri

 ??  ?? PESERTA diberi penerangan berkenaan salah satu bahan yang digunakan untuk kaedah penanaman fertigasi cili.
PESERTA diberi penerangan berkenaan salah satu bahan yang digunakan untuk kaedah penanaman fertigasi cili.
 ??  ?? PESERTA saling bekerjasam­a memindahka­n anak benih cili.
PESERTA saling bekerjasam­a memindahka­n anak benih cili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia