Harian Metro

Sasar 180 daftar dengan SSM setahun

-

Program Siswaprene­ur StartupBiz@ CEM, Program Siswaprene­ur Advance@ UPM ajar asas perniagaan, bidang perniagaan khusus

Katanya, pihaknya menyediaka­n pelbagai program bagi pelajar yang berminat dengan aktiviti keusahawan­an.

Beliau berkata, program disediakan terbuka kepada semua pelajar kerana pihaknya menyasarka­n

180 pelajar mendaftar perniagaan mereka dengan Syarikat Suruhanjay­a Malaysia (SSM) setiap tahun.

“Pelajar akan diberi pendedahan kepada Program Siswaprene­ur StartupBiz@CEM dan Program Siswaprene­ur Advance@UPM iaitu dua program yang direka untuk mengajar asas perniagaan serta bidang perniagaan khusus.

“Program Siswaprene­ur StartupBiz@CEM adalah sebuah program yang diperkenal­kan kepada pelajar yang ingin memulakan langkah dalam perniagaan dan membentuk minat serta melatih pelajar dalam bidang keusahawan­an,” katanya.

Menariknya program yang dijalankan selama empat hari tiga malam itu membabitka­n kerjasama Kementeria­n Pendidikan (KPM), SME Bank dan SSM.

Modul yang dijalankan sepanjang program itu lebih kepada latihan dalam kumpulan (LDK). Antara modul yang diberikan termasuk idea perniagaan dalam kampus, Business Model Canvas (BMC), Rancangan Perniagaan

(RP), Slot Cabaran Keusahawan­an, pinjaman perniagaan dan penubuhan syarikat perniagaan.

Dr Mass Hareeza berkata, Slot Cabaran Keusahawan­an adalah aktiviti kemuncak program itu yang peserta akan diberikan tugasan dan dijalankan di bandar berhampira­n.

Katanya, peserta perlu membuat aktiviti berunsurka­n keusahawan­an dan membawa sejumlah keuntungan yang ditetapkan.

“Ketika slot ini berjalan, peserta tidak dibenarkan membawa sebarang keperluan peribadi melainkan produk yang diberikan setiap kumpulan.

“Tujuan utama slot ini dijalankan supaya peserta dapat menggunaka­n ilmu yang dipelajari dan mendedahka­n sedikit sebanyak bidang perniagaan sebenar,” katanya.

Pada akhir program berkenaan peserta akan mendaftar perniagaan bersama-sama SSM, supaya selepas program tamat mereka dapat menjalanka­n perniagaan semasa dalam pengajian selain dapat menjana pendapatan sendiri.

Mengulas lanjut, Dr

Mass Hareeza berkata, Siswaprene­ur Advance@ UPM pula adalah program pembanguna­n keusahawan­an pelajar dan terbuka kepada pelajar yang sudah mempunyai perniagaan.

Katanya, terdapat lapan modul dibangunka­n tenaga pengajar dalam bidang keusahawan­an dalam program terbabit.

“Antara tujuan utama program ini

 ??  ?? DR Mass Hareeza (tengah) meninjau
sebuah gerai keusahawan­an
di UPM.
DR Mass Hareeza (tengah) meninjau sebuah gerai keusahawan­an di UPM.
 ??  ?? DR Mass Hareeza (kiri) di sebuah gerai keusahawan­an di UPM.
DR Mass Hareeza (kiri) di sebuah gerai keusahawan­an di UPM.
 ??  ?? MENJUAL keperluan
memasak seperti rempah juga wajar
diceburi.
MENJUAL keperluan memasak seperti rempah juga wajar diceburi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia