Harian Metro

UTEM JUARA MOTO INNOCUP 2018

-

Keunggulan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terserlah sebagai antara universiti awam teknikal berprestij negara apabila dinobatkan selaku juara pada pertanding­an perisian, MOTO Innocup 2018, baru-baru ini.

Dekan Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Komputer UTeM,

Prof Madya Dr Mohd Shakir Md Saat berkata, kemenangan berkenaan dirangkul apabila sekumpulan pelajarnya menepati kehendak tema pertanding­an membabitka­n kepintaran buatan.

Katanya, kumpulan yang terdiri daripada lima pelajar itu mencipta aplikasi dinamakan Just Go untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran kenderaan menerusi telefon pintar.

“Kecemerlan­gan mereka bukan saja menambah nilai kepada jenama UTeM, tetapi pada masa sama turut menjadi pemangkin kepada mahasiswa di sini untuk terus memajukan diri dalam pelbagai aktiviti bermanfaat.

“Kejayaan ini diharap mampu mengorak semangat dalam diri mahasiswa untuk keluar dari zon selesa dan berusaha mencipta kecemerlan­gan bukan saja pada peringkat kebangsaan malah antarabang­sa,’’ katanya dalam satu kenyataan.

MOTO Innocup 2018 yang dianjurkan INTI Internatio­nal College Penang dengan kerjasama Motorola Solutions itu adalah pertanding­an perisian mengikut tema berbeza pada setiap tahun.

Kumpulan yang terdiri daripada Ibrahim Soliman Mohamed, Yew Poh Leng, Weng Shih Ying, Wong Yuin Shen dan Cheong Jian Mun berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penyertaan serta trofi.

 ??  ?? KUMPULAN dari UTeM bergambar kenangan bersama naib juara dan tempat ketiga.
KUMPULAN dari UTeM bergambar kenangan bersama naib juara dan tempat ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia