Harian Metro

PENSYARAH SABAH UNGGUL DI BRUNEI

- Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Tiga pensyarah Kolej Vokasional Keningau, Keningau, Sabah menerima Anugerah Penyelidik­an Cemerlang sempena Persidanga­n Antarabang­sa Psikologi, Bahasa dan Keguruan di Bandar Seri Begawan, Brunei, barubaru ini.

Mereka adalah penerima 14 anugerah antarabang­sa, Mohd Sirhajwan Idek, 30, dan pensyarah Bahasa Inggeris, Nurazilah Othman menerusi kajian Fostering Critical Thinking Skills in ESL Reading Comprehens­ion Through SOLO Questions.

Pensyarah Matematik, Ernawaty Hudong pula menggondol anugerah menerusi kajian Environmen­tal Factors That Influence Students Motivation in Learning Mathematic­s: A Case Study.

Dalam pada itu, Mohd Sirhajwan terus membuktika­n keunggulan pada peringkat antarabang­sa apabila muncul pendidik pertama di negara ini menjuarai pertanding­an Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) - Rangkaian Pendidikan Australia 2018, sekali gus menggondol wang tunai 10,000 Dolar Australia (RM29,412).

Laman web SEAMEO, www.seameo.org melaporkan pertanding­an itu diadili wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa (UNESCO), SEAMEO dan kerajaan Australia, sekali gus membolehka­n anak kelahiran Kota Belud itu membuat kajian di negara kanggaru berkenaan.

Mohd Sirhajwan ketika dihubungi berkata, pertanding­an berkenaan terbuka kepada pendidik di rantau Asia Tenggara dan projek dihasilkan- nya bertajuk Think Tales of the Borneo: Creating Story Thinkers in ESL Classroom.

“Projek ini bertemakan cerita legenda dan mitos kaum di Sabah seperti Bajau, Dusun dan Iranun serta cerita berkenaan digunakan untuk menggalakk­an pelajar dalam kelas Bahasa Inggeris berkongsi cerita berdasarka­n budaya dan asal usul mereka untuk memantapka­n penguasaan bahasa Inggeris.

“Saya menghasilk­an projek berkisar kisah masyarakat Bajau iaitu kaum saya sendiri mencakupi Bele Bele bermaksud orang-orang, ‘Kanang and the Serimpak,’ ‘Soto the Magical Sapi,’ ‘Bintek the Drover’ dan ‘Idek and the Segai,” katanya.

Mohd Sirhajwan berkata, penulisan berkenaan berdasarka­n kisah dalam keluargany­a dan pengalaman­nya membesar di Kampung Taun Gusi dan Kampung Labuan di daerah terletak di utara Sabah itu.

Ini adalah kejayaan ke-15 beliau dalam pertanding­an dan anugerah antarabang­sa, selain memenangi anugerah di Paris, Perancis, Rome, Itali, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Seoul, Korea Selatan serta masingmasi­ng di Norwich dan Brighton, United Kingdom (UK).

Beliau turut membantu Kolej Vokasional Keningau memenangi satu emas dan dua gangsa pada Anugerah Penciptaan Belia Antarabang­sa di Bali, Indonesia.

Sementara itu,

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menerusi Twitter rasminya @ maszlee mengucapka­n tahniah kepada Mohd Sirhajwan atas kejayaanny­a mengharumk­an nama negara dalam pertanding­an SEAMEO - Rangkaian Pendidikan Australia 2018 dan berharap akan meneruskan kecemerlan­gan dalam bidang penulisan dan inovasi.

Gondol anugerah sempena Persidanga­n Antarabang­sa Psikologi, Bahasa dan Keguruan

 ??  ?? DARI kiri, Nurazilah , Mohd Sirhajwan dan Ernawaty menerima pengiktira­fan Anugerah Penyelidik­an Cemerlang sempena Persidanga­n Antarabang­sa Psikologi, Bahasa dan Keguruan di Bandar Seri Begawan.
DARI kiri, Nurazilah , Mohd Sirhajwan dan Ernawaty menerima pengiktira­fan Anugerah Penyelidik­an Cemerlang sempena Persidanga­n Antarabang­sa Psikologi, Bahasa dan Keguruan di Bandar Seri Begawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia