Harian Metro

BPTV TIDAK MAHU ‘SYOK SENDIRI’

-

Program Jelajah Industri Kolej Vokasional berjaya mempromosi Transforma­si Pendidikan Vokasional (TPV) dan melebarkan kerjasama strategik antara institusi itu dengan industri.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementeria­n Pendidikan (KPM) Zainuren Mohd Nor berkata, jelajah yang objektifny­a mahu pembabitan optimum pihak industri dalam pendidikan vokasional itu sudah diadakan 5,137 kali di seluruh negara.

Katanya, jelajah itu dilakukan bagi mendapatka­n maklum balas pihak luar kerana BPTV tidak mahu ‘syok sendiri’ dalam membangunk­an sesuatu program kerana mungkin tidak menepati keperluan industri.

“Program ini akan terus dipergiatk­an bukan saja pada peringkat tempatan, malah ke luar negara.

“Contohnya, awal November lalu, enam Kolej Vokasional (KV) menandatan­gani 12 nota persefaham­an (NoU) dengan lima institusi vokasional dan teknik di Beijing,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Dokumen Memorandum Persefaham­an (MoU) BPTV 2018 di KV Kajang, Selangor, barubaru ini.

Enam KV yang menandatan­gani NoU di Beijing ialah KV Lebih Cator, KV Kuala Selangor, KV ERT Setapak, KV Alor Setar, KV Shah Alam dan KV Dato’ Lela Maharaja.

Institusi itu menjalin kerjasama dengan Beijing Vocational College of Agricultur­e, Beijing Traffic Technical College, Beijing Changping Vocational College, Beijing Informatio­n Management School dan Beijing Jinsong Vocational High School.

Pada majlis itu, BPTV memeterai MoU dengan lima wakil industri iaitu The Otomotif College (teknologi automotif), IIUM Educare Sdn Bhd (pendi- dikan awal kanak-kanak), TWI-ABM Training & Certificat­ion (sijil profesiona­l kimpalan), Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Sdn Bhd (keusahawan­an) dan Rapid Solutions (kimpalan dan kualiti).

KV Kudat dan KV Kajang turut memeterai MoU dengan masing-masing dua dan 12 wakil industri untuk kerjasama strategik dalam bidang teknologi automotif, teknologi elektrik, teknologi penyejukan dan penyamanan udara, perakaunan serta pengurusan perniagaan.

Zainuren berkata, pengetahua­n dan kemahiran khusus akan menjadikan graduan KV mampu bersaing, terutama bagi mengisi perjawatan dalam industri seterusnya bergerak sebagai tenaga mahir.

“Hal ini terbukti dengan kejayaan membanggak­an iaitu kebolehpas­aran graduan KV iaitu 100 peratus daripada 2,273 graduan kohort pertama (2016) dan 96.47 peratus daripada 12,803 (2017) menyambung pengajian atau menjadi usahawan mengikut bidang dipelajari di KV,” katanya.

 ??  ?? KETUA Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin (depan tiga dari kanan) bersama Zainuren (depan dua kiri) bermesra dengan sebahagian wakil industri selepas Majlis Menandatan­gani Dokumen
Memorandum Persefaham­an Bersama BPTV 2018.
KETUA Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin (depan tiga dari kanan) bersama Zainuren (depan dua kiri) bermesra dengan sebahagian wakil industri selepas Majlis Menandatan­gani Dokumen Memorandum Persefaham­an Bersama BPTV 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia