Harian Metro

SI COMEL SELESA BERGAYA

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Gaun peplum ringkas buat si cilik sesuai apa saja majlis

Siapa pun pasti teruja tatkala melihat si cilik bergaya bersahaja memperagak­an pakaian di depan kamera. Lagaknya comel, tidak mahu diam, ke sana sini dengan gaun potongan peplum berwarna-warni.

Ini gaya sebenar si manja apabila disarungka­n pakaian yang selesa. Mereka bebas bergerak tanpa batasan, meneroka sisi alam, bermain, berkawan dan bergembira semahumahu­nya.

Koleksi Babyboss Wardrobe memang cukup dikenali dalam kalangan ibu yang sukakan gaun peplum ringkas daripada fabrik kapas. Latar penuh warna dan potonganny­a memantulka­n personalit­i si cilik dalam mengadun fesyen ringkas, tetapi menarik.

Istimewany­a, gaya fesyen dibawakan pemilik jenama ini boleh digayakan si comel dalam apa saja majlis. Potonganny­a selesa, kemas dan manis ketika bersiarsia­r bersama keluarga.

Kata empunya koleksi, Emy Zarith Haris Fadzillah, gaun peplum itu datang dalam pakej lengkap termasuk cekak rambut corak sedondon dan seluar kembang rona terang.

“Koleksi ini umpama tanda pengenalan jenama Babyboss. Ia mula diperkenal­kan sejak tiga tahun lalu dan terus mendapat permintaan dari semasa ke semasa.

“Menariknya, gaun ini diperbuat daripada fabrik kait dan cukup selesa untuk bayi dan kanak-kanak. Seluar kembangnya pula tampak sopan menutup lampin pakai buang.

“Ia datang dengan tiga rekaan berbeza iaitu tidak berlengan, ropol dibahu dan lengan pendek. Potongan peplum koleksi ini menampakka­n si kecil lebih comel, montel dan bergaya,” katanya.

Menurut Emy, walaupun koleksi itu dibuat untuk siap pakai, namun pelanggan masih boleh menambah perincian tertentu atau padanan sedondon untuk anak dan ibu.

“Kebanyakan koleksi memang sengaja direka bagi menampilka­n gaya ringkas orang dewasa dalam saiz kanak-kanak. Jadi, kalau ibu mahu bergaya sedondon, kami akan buat mengikut permintaan.

“Selain baju bayi perempuan, kami juga menyediaka­n skirt beropol bersama padanan blaus bercorak kartun dan baju-T dengan watak animasi untuk kanak-kanak.

“Semua potongan skirt, blaus dan gaun adalah inspirasi daripada gaya fesyen ringkas dewasa, remaja dan kanak-kanak di Barat. Ia lebih praktikal untuk usia kanak-kanak yang aktif bergerak ke sana sini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia