Harian Metro

BINA REPLIKA AISKRIM TERBESAR

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

246 kanak-kanak hasil model setinggi 3.2 meter guna 8,000 batang aiskrim

Seramai 246 kanak-kanak dari rumah anak yatim sekitar Johor bersorak riang, menghabisk­an masa bersama Paddle Pop dan Legoland Malaysia Resort minggu lalu bagi membina replika aiskrim terbesar menggunaka­n bahan kitar semula.

Replika dengan ketinggian mencecah

3.2 meter itu dihasilkan menggunaka­n 8,000 batang aiskrim. Menariknya, acara unik itu bukan sekadar menggembir­akan penghuni rumah anak yatim yang mengambil bahagian, tetapi turut disenaraik­an dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Shiv Sahgal berkata, aktiviti membina replika ais krim berkenaan dianjurkan sempena sambutan Hari KanakKanak Sedunia.

Bertemakan seni mesra alam, Paddle Pop mengambil peranan membina rangka replika, sementara kanak-kanak lain berusaha mengumpul batang aiskrim menerusi beberapa siri permainan yang menyeronok­kan.

Batang aiskrim kemudian diwarnakan bagi menghasilk­an replika bertema pelangi, sesuai dengan populariti Papple Pop sebagai jenama aiskrim terkenal dalam kalangan kanak-kanak. Replika yang sempurna ditempatka­n di Legoland Malaysia Resort, Iskandar Puteri.

“Kami teruja melihat kanak-kanak gembira. Mereka menunjukka­n kesungguha­n ketika membina replika dan seronok mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang kami sediakan,” katanya.

Menurut Shiv, Hari Kanak-Kanak Sedunia sentiasa mengingatk­an pihaknya untuk terus menyediaka­n peluang unik buat si cilik bermain dan mencipta pengalaman bermanfaat.

“Tentunya pengalaman sebegini membantu mereka untuk memahami banyak peranan yang boleh dimainkan semua pihak dalam melindungi alam sekitar. Sebagai menghargai usaha gigih mereka, replika ini akan dikekalkan di Legoland sebagai peringatan kepada kanak-kanak lain setiap kali mereka berkunjung ke sini,” katanya.

Rekod pencapaian disampaika­n Pengurus Operasi, Penyelidik­an dan Pemasaran, MBOR Sdn

Bhd, Edwin Yeoh Tiong

Chin kepada Shiv dengan disaksikan Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland, Thila Munusamy.

Kata Shiv, pihaknya juga berbesar hati menerima pengiktira­fan dan anugerah berkenaan. Ia secara tidak langsung menyemarak­kan lagi semangat seluruh pasukannya untuk terus berusaha memupuk kesedaran mengenai alam sekitar dalam diri kanakkanak secara menyeluruh.

Dalam pada itu, Thila berkata, kolaborasi bersama Paddle Pop amat penting dalam usaha memberi lebih pengalaman gembira buat kanak-kanak.

“Sebagai pihak yang bertanggun­gjawab dalam menyediaka­n pengalaman belajar yang menyeronok­kan, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk terus bermain dan berkembang melalui permainan.

“Kami percaya, sambutan Hari Kanak-Kanak

Sedunia tahun ini juga lebih bermakna kerana kami dapat berkongsi pengalaman memecah rekod dengan membina replika aiskrim terbesar menggunaka­n bahan kitar semula. Malah, kegembiraa­n terpancar jelas di wajah anak-anak ini,” katanya.

Sepanjang berlangsun­gnya aktiviti, semua peserta dibawa merasai pengalaman berhibur di taman tema itu.

 ??  ?? EDWIN Yeoh (kanan) menyampaik­an sijil MBOR kepada Shiv sambil disaksikan Thila.
EDWIN Yeoh (kanan) menyampaik­an sijil MBOR kepada Shiv sambil disaksikan Thila.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak yang membina replika aiskrim Paddle Pop.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang membina replika aiskrim Paddle Pop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia