Harian Metro

BISA ERIKSEN MENJADI

- AFP

 Jaringan masa kecederaan ‘paku’ Tottenham di tangga ketiga

London

Tottenham seharusnya memanfaatk­an inspirasi kemaraan kelab itu ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara untuk mencabar trofi Liga Perdana Inggeris, kata pengurus, Mauricio Pochettino.

Selepas mengikat gergasi Sepanyol, Barcelona 1-1 di laman lawan untuk mara ke peringkat kalah mati saingan elit Eropah itu, minggu lalu, Spurs hanya dibezakan lima mata dengan pendahulu, Manchester City susulan kemenangan 1-0 ke atas Burnley, awal pagi semalam.

Jaringan pemain gantian, Christian Eriksen pada masa kecederaan di Wembley itu mengekalka­n kedudukan Tottenham di tangga ketiga dan ketinggala­n tiga mata di belakang Liverpool sebelum perlawanan kelab itu menentang Manchester United.

Meskipun sedar ramai pemerhati percaya pemburuan liga kali ini terarah di antara City dan Liverpool, Pochettino percaya kebangkita­n yang dilakukan skuad kendaliann­ya di pentas Eropah membuktika­n apa saja boleh berlaku.

“Kami berada di posisi yang amat baik,” kata Pochettino yang terpaksa ber- depan pelbagai masalah musim ini antaranya penangguha­n ke stadium baharu, ketiadaan pembelian musim panas serta isu kecederaan pemain selepas berakhirny­a Piala Dunia Russia.

“Realitinya adalah selepas 17 perlawanan kami di tangga ketiga. Ia adalah pencapaian hebat untuk kami. Segala-galanya tidak mustahil. Lihat apa yang berlaku di Liga Juara-Juara selepas tiga perlawanan.

“Kami hanya mempunyai satu mata dan kami percaya kami mampu melakukann­ya dan pada akhirnya, kami mara ke peringkat seterusnya.

“Ada banyak perkara yang kamu boleh pertimbang­kan, tetapi apa yang paling penting adalah kepercayaa­n dengan cara kerja kamu dan jika kamu memberikan 100 peratus, segala-galanya tidak mustahil.”

Eriksen turut menjadi pemain yang dikeluarka­n daripada bangku simpanan untuk Spurs menewaskan Inter Milan, bulan lalu ketika hanya kemenangan mampu mengekalka­n aksi mereka di saingan berkenaan

Dia sekali lagi menampilka­n magis sama ketika menewaskan penjaga gol Burnley, Joe Hart, awal pagi semalam.

 ?? Pep Guardiola ?? ERIKSEN Ini bukan satu perkara yang mudah. Saya mengagumin­ya
(Sterling)
POCHETTINO
Pep Guardiola ERIKSEN Ini bukan satu perkara yang mudah. Saya mengagumin­ya (Sterling) POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia