Harian Metro

West Ham buru kedudukan enam terbaik liga

-

London: Manuel Pellegrini menetapkan sasaran untuk pasukannya menamatkan saingan dalam kedudukan enam terbaik, selepas West Ham United menyambar kemenangan keempat berturut-turut di Fulham, awal pagi semalam.

Tempoh kendalian Pellegrini bermula dengan empat kekalahan berturut-turut, namun kemenangan ke atas Fulham 2-0 di Craven Cottage menyaksika­n pengendali dari Chile itu mencatat kebangkita­n mendadak.

Mereka kini buat kali pertama meraih empat kemenangan berturut-turut sejak Februari 2014 dan hanya dipisahkan dua mata dengan penghuni tangga keenam Manchester United yang bertandang ke Liverpool.

Robert Snodgrass meletakkan The Hammers di depan seawal minit ke-17, sebelum jaringan Michail Antonio pada minit ke-29 terus menyentap semangat Fulham di babak pertama.

“Kami amat gembira , untuk mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bukannya mudah,” kata Pellegrini.

“Kami tidak mencipta banyak peluang, tetapi kami menjaringk­an gol setiap kali mendapat peluang dan kami juga bertahan dengan baik terutamany­a di separuh masa kedua.

“Adakah tangga keenam menjadi sasaran kami? Ya ia adalah sasaran besar kami selepas gagal mengutip mata daripada 12 mata pertama, kami sama sekali tidak menjangkak­an kini hanya dua mata memisahkan kami dengan slot ke pertanding­an Eropah.

“Kami kini boleh bercakap mengenai bahagian atas carta dan bukan lagi mengenai dasar carta liga, saya fikir ia adalah ketetapan sasaran baharu kami untuk musim ini.

“Lima pasukan teratas menghimpun banyak mata, tetapi kami akan cuba terus mencatat kemenangan dan melihat kesudahan kedudukan kami,” - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia