Harian Metro

Nantikan impak Zii Jia, Jin Wei 2019

-

hampir kira-kira dua minggu saja lagi sebelum kita bakal membuka lembaran baru 2019. Pejam celik rasanya cukup pantas masa berlalu.

Untuk arena badminton, tamatnya Jelajah Dunia Akhir BWF di Guangzhou, China semalam menandakan penutup kepada kempen musim ini.

Pada penilaian saya, tidak banyak kejayaan yang dapat diceritaka­n sepanjang tahun ini membabitka­n pemain negara.

Kalau ada pun mungkin satu dua saja. Tapi itu mungkin sebagai langkah pertama dalam usaha barisan pemain muda negara lebih menyinar tahun depan.

Saya cukup tertarik untuk menantikan aksi pemain seperti perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia

serta perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei.

Kalau diberi ruang dan peluang lebih banyak pasti mereka mampu melakar kejayaan lebih besar pada masa depan.

Bukan saja pemain tempatan, saya juga cukup berminat melihat aksi generasi muda di seluruh dunia sepeti Kento Momota dari Jepun serta beberapa pemain dari Indonesia.

Inilah antara nama-nama

(gambar)

yang dijangka bakal menggegar dunia tahun depan.

Bagaimana dengan pemain senior seperti Lin Dan, Chen Long dan Datuk Lee Chong Wei? Saya fikir era mereka mungkin sudah berakhir secara perlahan-lahan.

Untuk Chong Wei saya tidak pasti adakah dia mampu bangkit gah di gelanggang selepas berehat panjang berikutan kanser hidung yang dihadapiny­a.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk jaguh negara ini.

Satu yang harus kita ingat semangat Chong Wei cukup luar biasa. Jadi segalanya tidak mustahil.

Jumpa lagi. pada 29 November lalu.

“Selepas mengadakan perbincang­an dengan semua pemegang taruh, BAM menerima keputusan peletakan jawatan mereka.

“BAM ingin mengucapka­n terima kasih kepada pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu yang turut memainkan peranan terhadap pembanguna­n acara beregu campuran di Malaysia.

“BAM mendoakan mereka berjaya pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.

Saingan Jelajah Dunia Akhir BWF di Guangzhou, China yang berlangsun­g minggu ini adalah kejohanan terakhir buat pasangan ranking nombor enama dunia itu bersama BAM.

Mereka gagal melangkah ke separuh akhir apabila terkandas di peringkat Kumpulan B selepas hanya berjaya melakar satu kemenangan daripada tiga perlawanan.

 ??  ?? PENG Soon (kanan) dan Liu Ying hantar surat peletakan jawatan mereka sebagai pemain kebangsaan.
PENG Soon (kanan) dan Liu Ying hantar surat peletakan jawatan mereka sebagai pemain kebangsaan.
 ??  ?? JIN Wei
JIN Wei
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia