Harian Metro

Teruskan aksi hebat

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

 Mantan Presiden FAM, Tunku Ismail zahir rasa bangga

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapka­n tahniah kepada Harimau Malaya walaupun gagal merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali kedua, kelmarin.

Harimau Malaya yang merangkul kejuaraan sulung Piala AFF pada 2010 terpaksa melepaskan trofi tertinggi peringkat Asia Tenggara itu kepada Vietnam selepas tumpas dengan agregat 2-3.

Namun,

Tunku Ismail yang juga

Tunku

Mahkota

Johor (TMJ) menjelaska­n Harimau Malaya kurang bernasib baik walaupun sudah memberikan segala-galanya pada dua aksi final berdepan Vietnam.

“Kepada semua pemain, jurulatih dan FAM, (kita) kurang bernasib baik. Anda semua menunjukka­n semangat juang yang luar biasa sepanjang kejohanan,” kata TMJ di laman Twiter miliknya.

“Itulah sesuatu yang pasukan dan semua peminat harus berbangga. Tahniah kepada Harimau Malaya dan berada di pentas final adalah satu pencapaian yang hebat.”

Kekalahan kepada Vietnam menyaksika­n Harimau Malaya sekali lagi terpaksa berdepan kekecewaan selepas tewas dengan agregat 3-4 kepada Thailand pada final edisi 2014.

TMJ yang juga Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjadi individu yang sering memberikan kata-kata semangat buat Harimau Malaya walaupun beliau sudah meninggalk­an FAM.

Malah, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan kelmarin juga turut menyampaik­an ucapan terima kasih kepada TMJ dan semua pihak terutama seluruh penyokong Harimau Malaya.

“Saya selaku presiden (FAM) mengucapka­n terima kasih kepada semua penyokong pasukan Malaysia dan juga Ultras Malaya yang sama-sama hadir ke Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini (tadi) bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya.

“Kegagalan Malaysia malam ini bagaimanap­un tidak seharusnya terus diratapi dan kita perlu memandang ke hadapan bagi mempersiap­kan pasukan kebangsaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula tahun depan,” kata Hamidin.

 ?? Tunku Ismail Sultan Ibrahim ?? Tahniah kepada Harimau Malaya dan berada di pentas final adalah satu pencapaian yang hebat”
Tunku Ismail Sultan Ibrahim Tahniah kepada Harimau Malaya dan berada di pentas final adalah satu pencapaian yang hebat”
 ??  ?? KESEBELASA­N utama Harimau Malaya pada saingan akhir Piala AFF Suzuki di Hanoi, Vietnam.
KESEBELASA­N utama Harimau Malaya pada saingan akhir Piala AFF Suzuki di Hanoi, Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia