Harian Metro

Selangor mahu lebih digeruni

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

Shah Alam: Peminat pasukan bola sepak Selangor mahu pasukan itu digeruni sehingga ke peringkat Asia dan tidak boleh berbangga dengan sejarahnya sahaja.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang juga Presiden FAS bertitah, pasukan The Red Giants tidak boleh berada di takuk lama dan memerlukan pembaharua­n yang menepati tahap pasukan bola sepak antarabang­sa.

Baginda bertitah, sejak menjadi presiden lima bulan lalu, pelbagai pembaharua­n sudah dilaksanak­an kerana cinta baginda terhadap pasukan bola sepak Selangor.

“Zaman sekarang sudah lain, banyak perkara sudah berubah, jadi FAS kena ubah, perlu minda terbuka.

“Kita tidak boleh cakap mengenai sejarah dengan peminat, peminat mahu kita jadi juara Asia,” titah baginda pada Hari Bola Sepak Selangor di perkaranga­n Stadium Shah Alam, di sini, semalam.

Pada program itu turut dilancarka­n jersi ketiga skuad The Red Giants serta sesi pengenalan pemain bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia 2019 yang akan bermula tahun depan.

Jersi berwarna hijau dengan menggunaka­n jenama Joma itu juga adalah warna rasmi Raja Muda Selangor.

Sementara itu, skuad kendalian jurulatih, B Sathianath­an itu diperkuatk­an barisan pemain muda dan senior termasuk tonggak import yang juga pemenang anugerah Kasut Emas Liga Super 2018, Rufino Segovia.

Seramai 24 pemain skuad Selangor diperkenal­kan termasukla­h barisan pemain muda seperti M Tamil Maran, Muhammad Haziq Ridwan, Muhammad Amirul Haziq Rasmizal, Muhammad Amirul Ashraf Ariffin, A Namathevan, Muhammad Faizzudin Mohd Abidin, K Sarkunan, Mohamad Ashmawi Md Yakin, K Kannan dan Sean Selvaraj.

Antara muka lama yang masih kekal adalah penjaga gawang, Khairul Azhan Mohd Khalid dan pemain penyerang Mohd Amri Yahyah.

Bekas pemain Felda United Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd Farizal Harun, Mohd Faiz Mohd Nasir, Mohd Norhakim Isa, Mohd Azreen Zulkafle, Abdul Latiff Suhaimi antara pemain yang bakal memperkuat skuad The Red Giants pada musim hadapan.

Dalam pada itu, pemain negara yang beraksi pada Piala AFF Suzuki 2018 iaitu Muhammad Syahmi Safari dan bekas pemain Kedah, Syazwan Zainon tidak berada pada majlis berkenaan.

 ??  ?? TENGKU Amir Shah berkenan bergambar bersama pemain dan jurulatih pasukan Selangor pada Majlis Pelancaran Jersi baru ketiga pasukan Selangor musim 2019 di Stadium Shah Alam.
TENGKU Amir Shah berkenan bergambar bersama pemain dan jurulatih pasukan Selangor pada Majlis Pelancaran Jersi baru ketiga pasukan Selangor musim 2019 di Stadium Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia