Harian Metro

Sumareh tak serik Skuad Harimau Malaya wajib cari ‘jeneral padang’

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my Analisis Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Ia mungkin penampilan sulung yang mengecewak­an bersama Harimau Malaya di Piala AFF, namun pemain naturalisa­si negara kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh mengakui sedia beraksi lagi bersama pasukan sekiranya khidmatnya masih diperlukan. Kuala Lumpur: Safawi Rasid dan Shahrel Fikri Fauzi mengakui masih lagi dihantui kegagalan menjulang trofi Piala AFF susulan gol awal Vietnam yang menyaksika­n mereka memenangi final dengan agregat 3-2 di Hanoi, kelmarin.

Suasana kem skuad negara jelas sekali sugul selepas pemain enggan bercakap dengan media dan apa yang diluahkan Safawi, 21, mereka masih terasa dengan kekalahan itu.

“Pagi ini, saya rasa tidak gembira kerana kami sendiri melihat apa yang berlaku semalam (Sabtu).

“Ia memang sukar untuk ditelan, namun keluarga saya ada menghubung­i dan memberikan kata-kata semangat untuk menaikkan kembali semangat saya,” katanya.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang dipilih sebagai pemain terbaik liga tempatan bulan lalu menjaringk­an satu gol pada aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sementara itu, bekas penyerang

Pemain berusia 24 tahun itu juga memohon maaf kepada penyokong negara kerana tidak mampu membantu Harimau Malaya memenangi Piala AFF buat kali kedua.

“Setiap pemain beraksi dengan baik dan saya bangga dengan mereka sepanjang kempen kali ini.

“Minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kami gagal memenangi Piala AFF untuk negara, tapi jika ada peluang sekali lagi, saya sedia melakukann­ya.”

Pemain sayap itu jelas kecewa kerana Harimau Malaya gagal bangkit selepas Vietnam menjaringk­an gol awal untuk memastikan kemenangan menerusi agregat 3-2 di Hanoi.

Dia mengakui ia bukan persembaha­n terbaik Harimau Malaya dan setiap orang mengetahui­nya.

“Bukan saya saja, setiap pemain di dalam pasukan merasai kekalahan itu, tapi ia bukan hari bertuah untuk kami,” katanya.

Selepas dua bulan bersama dalam skuad dan barisan kejurulati­han, Sumareh kini mahu kembali ke pangkuan keluargany­a.

“Keluarga saya sering memberikan kata-kata semangat selepas tamat perlawanan,” katanya.

Sumareh akan berehat sebulan sebelum kembali menyertai Pahang untuk kempen Liga Malaysia 2019. dia kurang pasti bagaimana untuk menaikkan kembali semangatny­a.

“Saya berasa sedih dan tak tahu bagaimana untuk menggembir­akan hati saya semula. Kami kalah, saya tidak tahu untuk menjelaska­n kerana ia sudah berlaku dan jurulatih (Tan Cheng Hoe) memberitah­u kami sudah mencuba yang terbaik,” katanya.

AFF 2018 akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin dengan Harimau Malaya sekali lagi berdepan kekecewaan di final dalam tempoh empat tahun selepas kecundang dengan agregat 2-3 kepada Vietnam.

Tidak boleh dinafikan secara keseluruha­nnya persembaha­n Harimau Malaya sepanjang kejohanan tertinggi rantau Asia Tenggara itu atau ‘Piala Dunia’ Asia Tenggara itu menunjukka­n peningkata­n dari aspek corak permainan.

Falsafah permainan bola sepak moden dengan melakukan lebih banyak hantaran pendek dilihat berjaya diterapkan Tan Cheng Hoe buat Harimau Malaya walaupun ia belum mencapai tahap yang boleh dikatakan cemerlang.

Tidak seperti Harimau Malaya yang lama, anak buah Cheng Hoe kini lebih berani dalam mengawal bola dan berjaya menguasai permainan walaupun berdepan jaguh Asia Tenggara termasuk Thailand dan Vietnam.

Hanya yang menjadi kelemahan dalam skuad Harimau Malaya ketika ini adalah tidak memiliki ‘jeneral’ di bahagian tengah yang lebih kreatif dalam melakukan hantaran berbahaya untuk membuka ruang penyerang melakukan penyudah.

Buktinya, kita boleh lihat sepanjang berdepan Vietnam sama ada di peringkat kumpulan atau pentas final di mana Harimau Malaya lebih menguasai permainan namun kalah dengan serangan balas dan hantaran tepat pemain lawan.

Malah, pemain seperti Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha kerap turun ke bawah untuk mendapatka­n bola kerana kurangnya hantaran tepat dibuat kepada mereka.

Tidak keterlalua­n untuk dikatakan bahawa Safiq Rahim masih dianggap sebagai pemain tengah terbaik negara pada era ini berdasarka­n kemampuann­ya mengemudi bahagian tengah selain mampu menyumbang jaringan buat pasukan.

Akram Mahinan dan Syamer Kutty Abba yang menjadi antara pemain sering menerima kritikan masih tercari-cari sentuhan ‘killer passing’ atau hantaran berbahaya yang boleh membelah pertahanan lawan.

Sebelum ini, pelbagai pihak mencanangk­an Nor Azam Azih sebagai pelapis kepada Safiq, namun perancang tengah Pahang itu pula tidak disenaraik­an Cheng Hoe untuk kejohanan kali ini selepas dilaporkan mengalami kecederaan.

Berdasarka­n kemampuan bermain dengan hantaran pendek dan menguasai permainan dalam setiap perlawanan, Harimau Malaya mungkin boleh tampil dengan lebih sempurna sekiranya memiliki jeneral yang kreatif untuk berganding bersama Akram dan Syamer.

Justeru, perkara itu perlu diperbaiki sepenuhnya oleh Cheng Hoe untuk membentuk skuad lebih mantap pada masa depan jika kontraknya masih dilanjutka­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagi aspek serangan pula, Harimau Malaya juga memerlukan penyerang yang lebih pantas dan memiliki kemahiran individu yang tinggi dalam melakukan penyudah serta menjadi ‘pengacau’ kepada pertahanan lawan.

Perkembang­an positif kita boleh saksikan di bahagian pertahanan di mana pemain muda Syahmi Safari dan Syazwan Andik Ishak beraksi dengan cemerlang sepanjang kejohanan walaupun kurang menyerlah pada final kedua di Hanoi.

 Pemain naturalisa­si mahu terus julang Harimau Malaya

 ??  ?? SUMAREH (kiri) mohon maaf kepada penyokong negara kerana gagal bantu pasukan menewaskan Vietnam.
SUMAREH (kiri) mohon maaf kepada penyokong negara kerana gagal bantu pasukan menewaskan Vietnam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia