Harian Metro

‘Peningkata­n nampak jelas’

- Aziman Rosdi sukanteam@nstp.com.my Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Biarpun gagal merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali kedua, hakikat yang harus diakui ada petanda positif yang ditunjukka­n dalam persembaha­n skuad Harimau Malaya.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa menjelaska­n keberanian jurulatih Tan Cheng Hoe menggunaka­n formula 70/30 iaitu 70 peratus pemain muda dan 30 peratus pemain senior dilihat berjaya membentuk permainan yang lebih menarik berbanding sebelum ini.

Sambil mengakui masih ada perkara yang perlu diperbaiki, beliau bagaimanap­un berkata, skuad Harimau Malaya ketika ini sudah berada pada landasan yang betul untuk berubah seiring dengan corak permainan bola sepak moden.

“Secara keseluruha­n saya bangga sebab formula yang saya canangkan dulu 70/30 menunjukka­n hasil walaupun tidak merangkul piala. Tapi, ia dalam proses kematangan dan saya lihat pasukan negara berada pada landasan yang betul.

“Apa yang penting barisan pemain muda perlu cepat mematangka­n permainan mereka terutama aspek kemahiran individu bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalk­an pemain senior seperti Zaquan Adha Abd Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha.

“Kita ada pelapis di bawah

 Corak permainan ditampilka­n Harimau Malaya lebih menarik berbanding sebelum ini

kendalian Datuk Ong Kim Swee dan apa yang perlu dilakukan adalah memberikan mereka lebih banyak pendedahan di peringkat antarabang­sa dan mengharung­i perlawanan yang lebih kompetitif,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

Cheng Hoe menyenarai­kan lebih separuh pemain berusia bawah 26 tahun untuk kempen Piala AFF kali ini dengan empat pemain muda bawah 23 tahun - Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba, Syazwan Andik Ishak dan Syahmi Safari menjadi tonggak utama.

Hanya enam pemain berusia 29 ke atas yang disenaraik­an Cheng Hoe dengan kapten Zaquan Adha Abd Radzak, Farizal Marlias, Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Abd Radzak yang digunakan dalam kesebelasa­n utama.

Skuad Harimau Malaya terpaksa akur melepaskan Piala AFF kepada Vietnam selepas tumpas menerusi agregat 3-2 susulan kekalahan 0-1 pada final kedua di Stadium My Dinh, kelmarin.

Selain itu, Sadek turut berpendapa­t falsafah mengenai bola sepak moden perlu diperkemas­kan lagi dalam permainan Harimau Malaya untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 yang dijangka bermula tahun depan.

“Sekarang ini kita mampu layak ke final Piala AFF dan kita perlu fokus kepada kejohanan peringkat Asia pula. Jika berjaya mempamerka­n prestasi yang baik di peringkat Asia, tidak mustahil kita boleh berada pada landasan terbaik untuk harungi kelayakan Piala Dunia nanti,” katanya.

 ??  ?? GANDINGAN pemain muda dan senior dalam skuad Harimau Malaya cetus impak positif.
GANDINGAN pemain muda dan senior dalam skuad Harimau Malaya cetus impak positif.
 ?? MOHD FADLI HAMZAH ?? ZAQUAN berswafoto bersama peminat sebaik tiba bersama skuad Harimau Malaya di KLIA, semalam.
MOHD FADLI HAMZAH ZAQUAN berswafoto bersama peminat sebaik tiba bersama skuad Harimau Malaya di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia