Harian Metro

Semangat juang Farizal tak pernah luntur

-

Hanoi: Penamat mengecewak­an pada kempen Piala AFF 2018 langsung tidak melunturka­n semangat Farizal Marlias untuk terus menabur bakti bersama skuad kebangsaan.

Dengan usianya bakal menginjak 33 tahun pada musim depan, dia masih belum terfikir untuk bersara di pentas antarabang­sa.

“Ini penampilan Piala AFF keempat saya, selagi jurulatih memberi kepercayaa­n, selagi

(gambar)

itu saya bersedia mewakili skuad kebangsaan, tak ada masalah,” katanya.

Farizal mengambil alih posisi Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi pada awal saingan peringkat kumpulan, dan prestasiny­a tidak mengecewak­an apabila menjadi tonggak kemaraan Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe ke pentas akhir.

Bagaimanap­un, impian untuk mengulangi sejarah 2010 tidak kesampaian apabila mereka tewas menerusi agregat 2-3 kepada pasukan pilihan Vietnam pada aksi final Piala AFF 2018.

Jaringan awal permainan Nguyen Anh Duc sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, kelmarin.

Menurut Farizal yang kini beraksi dengan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), mereka dihukum atas sedikit kelalaian dalam perlawanan itu.

“Mungkin ketika itu kami belum lagi mendapat rentak di awal permainan dan sedikit lalai. Harap selepas kami akan berusaha untuk terus meningkat.

“Kami kecewa kerana sudah memberikan yang terbaik, saya lihat komitmen pemain sangat tinggi, walaupun ketinggala­n di awal permainan, kita cuba untuk bangkit semula tetapi apakan daya, mungkin tak ada rezeki kami,” katanya yang sekali lagi kecewa selepas tewas di pentas yang sama, kepada Thailand pada edisi 2014.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia