Harian Metro

PETAKA LUBANG

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Tiga kenderaan terbabit nahas akibat jalan rosak

Jalan raya berlubang dipercayai menjadi punca kemalangan membabitka­n tiga kenderaan dinaiki 11 individu termasuk bayi lelaki di kawasan Lung Manis Jalan BeluranTel­upid, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, kesemua mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan tujuh perempuan berusia antara lima bulan hingga 45 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian jam 11.15 pagi itu.

Difahamkan, kejadian membabitka­n sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang datang dari arah Telupid menuju ke Beluran, manakala sebuah lagi kenderaan ialah pacuan empat roda datang dari arah bertentang­an.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rosemidian Majid berkata, beliau bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.18 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi itu, didapati kemalangan itu membabitka­n tiga kenderaan,” katanya.

Difahamkan, kereta jenis Honda

CRV dipercayai memperlaha­nkan kenderaan secara tibatiba bagi mengelak lubang.

Toyota Avanza yang sedang mengekori kemudianny­a terlanggar bahagian belakang MPV terbabit.

“Sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentang­an terpaksa mengelak Toyota Avanza itu lalu terbabas ke tepi kiri jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rosemidian berkata, semua mangsa keluar sendiri dari kenderaan sebelum pihaknya tiba.

 ??  ??
 ??  ?? TIGA kenderaan terbabit nahas di Jalan long Manis Beluran-Telupid.
TIGA kenderaan terbabit nahas di Jalan long Manis Beluran-Telupid.
 ??  ?? Mangsa tiga lelaki dan tujuh perempuan
selamat
Mangsa tiga lelaki dan tujuh perempuan selamat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia