Harian Metro

10 gagal seludup masuk

-

Semporna: Hasrat 10 warga Filipina untuk menyusup masuk ke negara ini gagal selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu Operasi Khas di kawasan perairan Pulau Omadal, dekat sini, pagi kelmarin.

Ia susulan maklumat disalurkan Unit Risikan Marin (URM) kepada bot ronda PPM (PAR 3) Semporna yang ketika itu menjalanka­n rondaan di kawasan perairan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, pihaknya memintas sebuah bot kayu yang dikendalik­an seorang lelaki berumur 38 tahun jam 10.40 pagi.

Menurutnya, ketika pemeriksaa­n pihaknya mendapati ada 10 orang termasuk juragan dan pembantuny­a dalam bot berkenaan, masingmasi­ng tujuh lelaki dan tiga wanita termasuk empat kanak-kanak.

Katanya, kesemua mereka berusia setahun hingga 72 tahun tanpa dokumen pengenalan diri.

“Turut ditahan ialah seorang pembantu juragan berusia 35 tahun kerana gagal menunjukka­n sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohamad Pajeri berkata, siasatan awal mendapati semua mereka yang berasal dari Pulau Sitangkai, Filipina memulakan perjalanan jam 6.30 petang Jumaat dengan bayaran 500 peso (RM39) sebagai tambang perjalanan untuk menyusup masuk ke daerah itu.

Menurutnya lagi, pemeriksaa­n lanjut kemudian menemui mata wang Filipina sebanyak 3,780 peso (RM298) milik juragan dan penumpang selain barang peribadi di dalam ruangan bot terbabit.

 ??  ?? PASUKAN Polis Marin merampas beberapa barangan selepas menahan lapan imigran warga Filipina yang menyusup masuk di kawasan perairan Pulau Omadal.
PASUKAN Polis Marin merampas beberapa barangan selepas menahan lapan imigran warga Filipina yang menyusup masuk di kawasan perairan Pulau Omadal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia