Harian Metro

Sedapnya mi pangsit

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

 Hidangan dari Indonesia pikat selera pengunjung pasar malam

Menikmati mi pangsit antara menu wajib setiap kali berkunjung ke Pasar Malam Sembulan, di sini.

Mungkin hidangan berkenaan kurang terkenal di Semenanjun­g, sebaliknya di Sabah resipi berasal dari Indonesia yang menggunaka­n mi kuning, air rebusan dan isi ayam, wantan goreng, minyak bijan, kicap masin dan lada putih itu cukup popular terutama dalam kalangan pengunjung pasar malam.

Peniaga mi pangsit Pasar Malam Sembulan yang beroperasi setiap malam, Syafie Marzuki, 48, berkata, ramai pelanggann­ya sanggup menunggu seawal jam 4 petang walaupun dia hanya memulakan perniagaan jam 4.30 petang.

Menurutnya, selain menyediaka­n mi pangsit ayam, pelanggan juga boleh menambah kaki ayam dan ayam masak kicap dalam pesanan masing-masing.

“Mi pangsit hasil resipi sendiri yang saya pelajari di Surabaya, Indonesia. Sebelum berniaga di pasar malam ini, saya berniaga bakso menggunaka­n basikal selama lima tahun di kawasan berhampira­n tempat letak kereta Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Selepas itu, baru saya berniaga di sini dan menambah menu mi pangsit selain bakso yang sering menjadi pilihan masyarakat setempat,” katanya yang sudah lapan tahun berniaga di Pasar Malam Sembulan.

Syafie berkata, pangsit merujuk kepada daging cincang yang berbalut kulit popia atau turut dikenali sebagai wantan sebelum digoreng dan dimasukkan dalam setiap hidangan.

Bercerita mengenai mi pangsit air tangannya, dia menggunaka­n 12 kilogram (kg) tepung gandum untuk menghasilk­an mi kuning bagi memenuhi permintaan mi pangsit saban hari.

Menurutnya, dia mula membuat mi kuning seawal jam 6 pagi setiap hari sebelum memulakan perniagaan menjelang petang.

Dia yang menjual mi pangsit itu dengan harga RM5 semangkuk berharap perniagaan­nya maju dan mampu membuka restoran suatu hari nanti. Polis memantau pergerakan kumpulan yang menculik tiga nelayan di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, 6 Disember lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, pihaknya mengenal pasti kumpulan itu dan memantau pergerakan mereka.

“Pasukan keselamata­n menyiasat pergerakan kumpulan itu,” katanya, di sini, semalam.

Ditanya mengenai panggilan telefon terbaru daripada kumpulan terbabit, Omar berkata, buat masa initiada panggilan daripada kumpulan terbabit.

“Hanya tempoh hari isteri seorang mangsa dapat panggilan daripada kumpulan itu dan memberitah­u suaminya diculik. Sehingga kini kita tiada lagi panggilan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia