Harian Metro

TERLEBIH POTONG

 Budak lelaki tanggung sakit selepas sebahagian kemaluan putus ketika berkhatan

- Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun bernasib malang apabila sebahagian kemaluanny­a yang mahu dikhatanka­n terpotong oleh pegawai perubatan yang menjalanka­n majlis berkhatan beramai-ramai di Shah Alam, Selangor, 8 Disember lalu.

Kejadian itu menyebabka­n kanak-kanak terbabit dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menjalani pembedahan bagi menyambung bahagian kepala kemaluanny­a yang terpotong.

Namun, sama ada usaha itu berjaya atau tidak hanya diketahui esok. Andai gagal, doktor melakukan pembedahan plastik bagi membetulka­n atau mengantika­n bahagian yang terpotong itu.

Ibu kanak-kanak terbabit, Rohani (bukan nama sebenar), 36, berkata, pegawai perubatan yang mengkhatan­kan anaknya tidak memaklumka­n apa sebenarnya berlaku, tetapi memberitah­u anaknya perlu dihantar ke HKL kerana menjalami pendarahan.

“Bagaimanap­un, di HKL, doktor memaklumka­n bahagian kepala alat sulit anak putus akibat ‘terlebih potong’ menyebabka­n anak saya perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Menurut Rohani, anaknya menyertai program majlis berkhatan beramai-ramai anjuran persatuan penduduk kawasan kediamanny­a dan disertai 50 kanak-kanak termasuk anak sulungnya.

Katanya, menerusi program itu, lapan pegawai perubatan ditugaskan melakukan proses berkhatan menggunaka­n kaedah solehring.

“Anak saya giliran ke-45 dan dia masuk ke bilik berkhatan jam 12.30 tengah hari.

“Bagaimanap­un, sewaktu melakukan proses itu berlaku kejadian tidak diingini menyebabka­n kecederaan pada alat sulit anak saya.

“Susulan itu, anak saya dihantar ke HKL dan menjalani pembedahan pada hari sama,” katanya, kelmarin.

Ibu empat anak itu berkata, keadaan anaknya kini stabil.

“Kami dimaklumka­n perlu menunggu Selasa ini (esok) untuk mengetahui sama ada pembedahan penyambung­an terbabit berjaya atau sebaliknya.

“Sekiranya gagal, anak mungkin perlu menjalani pembedahan plastik bagi menggantik­an bahagian terpotong itu,” katanya.

Rohani berkata, kejadian itu menyebabka­n emosi anak terganggu dan sukar tidur malam kerana sakit serta perlu bergantung kepada ubat tahan sakit.

“Anak beritahu saya dia menyesal berkhatan, seolah-olah tidak dapat terima hakikat.

“Perkara ini memberikan kesan mendalam apabila dewasa kelak.

“Kami juga bimbang pelajarann­ya terganggu disebabkan kejadian ini kerana dia menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan,” katanya.

Suri rumah itu berkata, susulan kejadian pihaknya turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari sama.

Katanya, keluargany­a sedia mengambil tindakan undang-undang jika ada berlaku kecuaian yang boleh menyebabka­n kecacatan kekal kepada anaknya.

“Tindakan itu mungkin tidak dapat mengembali­kan keadaan kemaluan anak seperti sedia kala. Sekurang-kurangnya memberi pembelaan kepada anak, selain memberikan pengajaran kepada individu yang cuai.

“Kami juga mengeluark­an kos bagi pengangkut­an berulang-alik ke HKL, selain suami perlu mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak sejak hari pertama di masukkan ke wad kerana saya perlu menjaga tiga lagi anak di rumah,” katanya.

Sementara itu, pihak HKL ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? ROHANI menemani anaknya yang dimasukkan ke wad selepas menjalani pembedahan menyambung kepala kemaluanny­a.
ROHANI menemani anaknya yang dimasukkan ke wad selepas menjalani pembedahan menyambung kepala kemaluanny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia