Harian Metro

HAFIZ MAUT LUMBA CUB PRIX

 Pelumba Cub Prix maut selepas terlanggar penghadang pada perlumbaan di Bandar Penawar

- Nurul Amanina Suhaini cnews@nstp.com.my

Pelumba Cub Prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang memenangi tempat keempat pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan di Dataran Bandar Penawar, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan, Hafiz,disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi, dekat sini selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang.

Bapa mangsa yang juga bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas pelumba di hadapan anaknya terlanggar penghadang di tepi litar menyebabka­n penghadang itu terkeluar ke tengah litar.

“Pada masa sama arwah tidak sempat mengelak menyebabka­nnya melanggar objek yang terpelanti­ng keluar dari litar sehingga motosikaln­ya terjatuh,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini, semalam.

Katanya, kemalangan itu menyebabka­n Hafiz tidak sedarkan diri sebelum terus dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, rakan mangsa, Fakhrusy Syakirin, 22, berkata, kemalangan berlaku ketika pusingan terakhir daripada keseluruha­n 20 pusingan perlumbaan itu. Ulu Tiram: “Saya sedar sedang diuji Allah dan masalah kewangan dialami keluarga memaksa kami menjual tong gas bagi membeli beras baru-baru ini,” kata bekas pemandu trak angkat susun, Mohd Rodi Ismail, 44, di FELDA Sungai Tiram di sini, semalam.

Mohd Rodi berkata, pada 3 Mac lalu, dia mengalami kemalangan di tempat kerja di sebuah kilang di Ulu Tiram menyebabka­n tiga jari tangan kanannya patah dan mengalami kecacatan.

Katanya, majikannya tidak mengambil peduli berkaitan kebajikan termasuk gagal melaporkan kemalangan dialami kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) hingga ia menimbulka­n permasalah­an.

“Selain isteri, saya memiliki lima anak dan tiga masih di bawah tanggungan berusia 13 hingga 18 tahun. Hasil laporan Hospital Sultan Ismail (HSI), kecederaan yang dialami masih belum pulih dan doktor menasihati saya supaya berehat.

“Disebabkan tidak menerima gaji sejak Mac lalu, saya

 ??  ??
 ??  ?? HAFIZ (kanan) ketika memenangi satu perlumbaan.
HAFIZ (kanan) ketika memenangi satu perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia