Harian Metro

TERNAK LANDAK LAGI UNTUNG

- Abnor Hamizam Abd Manap cnews@nstp.com.my

 2 beradik labur RM100,000 ternak haiwan eksotik walaupun lambat raih hasil

Penternaka­n landak mampu menjana pulangan lumayan, tetapi ia membabitka­n modal besar dan kesabaran tinggi kerana memerlukan masa sebelum memberikan hasil.

Dua beradik di Kampung Dusat, Abu Samah Mihat, 52, dan abangnya, Samsul Bahrin, 61, sanggup melabur hampir RM100,000 bagi memulakan ternakan haiwan esotik itu sejak setahun lalu menggunaka­n wang simpanan sendiri.

Samsul Bahrin berkata, walaupun menternak landak lambat mendatangk­an hasil

“Ia tahan lasak dan tahan penyakit serta boleh membesar sehingga 20 kilogram, cuma perlu tunggu sehingga berusia lapan bulan”

Samsul Bahrin

namun haiwan berkenaan mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran sehingga boleh mencecah RM150 sekilogram.

Menurutnya, selain perlu mendapatka­n lesen menternak, membeli dan menjual daripada Jabatan Perlindung­an dan Hidupan Taman Negara (PERHILITAN), menternak landak sebenarnya sangat mudah.

“Kita cuma perlu siapkan kandang yang bersesuaia­n bagi pasangan landak dan perlu diberi makanan berasaskan tumbuhan seperti buah atau sayur.

“Ia tahan lasak dan tahan penyakit serta boleh membesar sehingga 20 kilogram, cuma perlu tunggu sehingga berusia lapan bulan,” katanya ketika menerima lawatan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir.

Sementara itu, Abu Samah pula berkata, ketika ini hanya ada 10 landak diternakny­a yang dibeli dengan harga RM25,000.

Menurutnya, disebabkan ia haiwan eksotik yang payah dicari, dagingnya sentiasa mendapat perhatian dan tidak hairan apabila ada yang sudah bertanya untuk membeli landak ternakanny­a.

“Kami perlu kembangkan lagi penternaka­n ini dan berharap kerajaan dapat membantu terutama memberi bantuan baka landak atau anak landak.

“Industri ini mampu memberi pulangan lumayan, malah landak mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan serta luar negara,” katanya.

Sementara itu, Zainal Fikri berkata, pihaknya menerusi kerajaan negeri akan cuba membantu dua beradik berkenaan mengembang­kan lagi bidang penternaka­n landak diusahakan.

Menurutnya, penternaka­n landak sesuatu yang baru di sini, malah tidak ramai yang berani menceburin­ya disebabkan memerlukan modal yang besar.

“Mereka sudah memulakan penternaka­n itu dan yakin kerajaan boleh membantu untuk mengembang­kan lagi bidang ternakan yang mereka ceburi itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LANDAK yang diternak Abu Samah dan Samsul Bahrin di Kampung Dusat, Jempol.
LANDAK yang diternak Abu Samah dan Samsul Bahrin di Kampung Dusat, Jempol.
 ??  ?? ZAINAL Fikri (kanan) melihat landak yang diternak dua beradik.
ZAINAL Fikri (kanan) melihat landak yang diternak dua beradik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia