Harian Metro

WARIS MH370 TERUS BERHARAP

- Amir Abd Hamid, Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

 Waris mangsa pesawat MH370 kumpul dana untuk sambung pencarian

Kuala Lumpur

Kasih sayang dan rindu mendalam terhadap ahli keluarga yang hilang bersama pesawat MH370 mendorong ahli keluarga penumpang pesawat itu membuat pencarian sendiri di Madagascar.

Jurucakap Members of Voice 370 yang juga kumpulan sokongan untuk waris MH370, Grace Subathirai Nathan berkata, mereka mengumpul dana lebih AS$15 juta (RM66.7 juta) bagi membuat misi pencarian pesawat malang itu yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Menurutnya, pihaknya mula mencari dana sendiri selepas wujud ura-ura kerajaan akan menamatkan misi pencarian pesawat MH370.

“Kami berbincang dengan beberapa pakar malah kami juga berjumpa dengan Biro Keselamata­n Pengangkut­an Australia (ATSB) yang menyatakan sokongan terhadap kami,” katanya.

Grace adalah anak kepada Anne Daisy, seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang ketika penerbanga­n ke Beijing, China.

Menurutnya, tanpa mengetahui apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu berkemungk­inan boleh menyebabka­n kejadian serupa berulang dan lebih banyak nyawa dalam bahaya.

“Ia belum berakhir dan MH370 tidak boleh kekal misteri. Kerajaan perlu meneruskan pencarian bukan untuk kami tetapi buat semua orang,” katanya.

Menceritak­an kembali pengalaman membuat pencarian sendiri itu, Grace berkata, mereka bertemu seramai mungkin orang ramai yang ingin membantu terutama badan bukan kerajaan, pendakwah dan gereja yang menganjurk­an program bantuan masyarakat.

“Kami turut berjumpa dengan nelayan, penduduk di tepi pantai dengan harapan dapat bangkitkan kesedaran, ajar mereka bagaimana untuk kenal pasti serpihan, bagaimana kumpul serpihan, buat apa dengan serpihan itu bila ia ditemui.

“Usaha kami itu juga berniat mendorong kerajaan Malaysia, China dan Australia untuk mengumpul serpihan di sepanjang pantai benua yang menjadi lokasi serpihan ditemui sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kumpulan yang ke Madagascar itu merangkumi empat rakyat Malaysia, dua warga China serta seorang warga Perancis dan hasilnya, kumpulan terbabit menyerahka­n lima serpihan dikatakan daripada kapal terbang berkenaan kepada Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, bulan lalu.

Katanya,

lima serpihan itu ditemui nelayan tempatan dan orang awam sejak Disember 2016 hingga Ogos lalu di tiga lokasi berasingan di Madagascar.

Menurutnya, antara diserahkan ialah serpihan dikatakan panel lantai kapal terbang selain serpihan mempunyai nombor dan label yang masih boleh dibaca.

“Kami berharap pencarian itu dapat diteruskan bagi mendapatka­n lebih banyak bukti berkaitan pesawat berkenaan,” katanya.

Grace berkata, penyiasat bebas, Blaine Alan Gibson yang membawa serpihan berkenaan kepada waris di Malaysia memaklumka­n, serpihan panel lantai pesawat itu ditemui pada tahun

lalu berdekatan Sandravina­ny di selatan Madagascar.

Sebelum ini, tiga serpihan ditemui di pantai Mauritius, Tanzania dan kepulauan Reunion disahkan milik MH370. Penyiasat juga sedang mengkaji serpihan lain yang ditemui di Mozambique dan Afrika Selatan.

Menurutnya, Members of Voice 370 pernah ke Makmal ATSB untuk melihat sendiri serpihan bahagian sayap pesawat itu dan dimaklumka­n ia milik MH370 berdasarka­n nombor sirinya.

“Walaupun saya melihat sendiri serpihan sayap yang disahkan sebagai MH370, tetapi hati saya tetap tertanya-tanya di mana ibu, apa terjadi kepadanya?

“Melihat sendiri serpihan bahagian sayap MH370 cukup meruntun hati dan sukar saya gambarkan bagaimana keadaan penumpang ketika nahas itu terjadi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTHONY (kiri) menunjukka­n serpihan pesawat yang dipercayai milik pesawat MH370 yang diserahkan Members Of Voice MH370.
ANTHONY (kiri) menunjukka­n serpihan pesawat yang dipercayai milik pesawat MH370 yang diserahkan Members Of Voice MH370.
 ?? Grace ?? Ia belum berakhir dan MH370 tidak boleh kekal misteri.
Kerajaan perlu meneruskan pencarian bukan untuk kami tetapi buat semua orang”
Grace Ia belum berakhir dan MH370 tidak boleh kekal misteri. Kerajaan perlu meneruskan pencarian bukan untuk kami tetapi buat semua orang”
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA serpihan pesawat yang ditemui.
ANTARA serpihan pesawat yang ditemui.
 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN yang ke Madagascar merangkumi empat rakyat Malaysia, dua warga China serta seorang warga Perancis.
KUMPULAN yang ke Madagascar merangkumi empat rakyat Malaysia, dua warga China serta seorang warga Perancis.
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa MH370 di Madagascar.
AHLI keluarga mangsa MH370 di Madagascar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia