Harian Metro

KESIHATAN ADIB KEMBALI MEROSOT

Paru-paru tunjukkan tanda penyatuan dan pengerasan

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang parah dalam kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di Subang Jaya, bulan lalu dilaporkan merosot.

Institut Jantung Negara (IJN) menerusi satu kenyataann­ya, semalam berkata, fungsi paru-paru Adib dalam tempoh 24 jam lalu mengalami kemerosota­n yang progresif.

“Selepas penilaian yang teliti, paru-parunya menunjukka­n tanda penyatuan dan pengerasan hingga menjadikan proses pertukaran gas tidak efektif.

“Ini akibat kecederaan awal paru-paru yang teruk.

“Pada masa sama, fungsi buah pinggangny­a juga tidak bertambah baik di mana dia terus memerlukan sokongan dialisis,” katanya.

Berdasarka­n perkembang­an terkini Muhammad Adib, IJN membuat keputusan untuk memasukkan semula sistem pengoksige­nan membran Veno-Vevous ECMO (Veno-Venous Extracorpo­real Membran) sekali lagi kepadanya jam 9 malam, kelmarin.

“Ia bagi membantu keperluan pernafasan­nya selepas perbincang­an dilakukan doktor perubatan daripada

pelbagai kepakaran.

“Apa yang berlaku adalah kemerosota­n keadaan kesihatann­ya. Muhammad Adib masih dalam keadaan kritikal.

“Berdasarka­n keadaan terkini, lawatan adalah dihadkan dan kami minta seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan agar Muhammad Adib

kembali pulih,” katanya.

Selasa lalu, IJN melaporkan, Muhammad Adib tidak lagi memerlukan mesin VV ECMO untuk membantu

pernafasan­nya.

Anggota bomba itu menggunaka­n mesin berkenaan sejak dipindahka­n ke IJN dari Pusat Perubatan Subang Jaya.

Awal bulan ini, pasukan doktor di IJN mengalihka­n mesin sokongan jantung selepas jantungnya boleh berfungsi sendiri.

 ??  ??
 ??  ?? MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin melawat Muhammad Adib di IJN pada 5 Disember lalu.
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin melawat Muhammad Adib di IJN pada 5 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia