Harian Metro

RM11 juta nilai rampasan Januari

-

Kuala Lumpur: Sepanjang Januari saja, jumlah rampasan bagi rokok seludup dan minuman keras di seluruh negara bernilai RM11,292,932.

Ini bukti Pasukan Polis Marin (PPM) komited menyahut seruan kerajaan dalam memerangi kartel penyeludup­an di seluruh negara

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, nilai rampasan pada Januari 2019 mengatasi kejayaan bagi tempoh sama pada 2018 iaitu sebanyak RM1,772,689.

“PPM kini sedang mempergiat­kan operasi di kajenayah wasan berisiko berlakunya penyeludup­an di seluruh negara bagi membantera­s kegiatan haram itu.

“Kita sangat serius dan komited dalam memerangi terancang ini,” katanya.

Menurutnya, selain memperting­katkan maklumat risikan, PPM masih memerlukan maklumat daripada orang awam mengenai sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan mereka.

“Kita sangat alukan maklumat daripada masyarakat. Jangan risau, identiti pemberi maklumat adalah dirahsiaka­n,” katanya.

Menurutnya, sepanjang Januari, sebanyak 273 operasi dilancarka­n PPM di seluruh negara dan sebanyak 427 kertas siasatan dibuka berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 148 kes dan 329 kertas siasatan dibuka.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Yusoff berkata, jumlah rampasan keseluruha­n bagi tempoh Januari 2019 adalah sebanyak RM19,471,989 berbanding tempoh sama (Januari 2018) berjumlah RM7,412,847.

“Banyak kejayaan lain PPM catatkan selain Akta Kastam antaranya seperti Akta Perikanan, Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Akta Bahan Letupan.

“Nilai rampasan kes mengikut Akta Perikanan berjumlah RM3,666,983 pada Januari tahun ini berbanding RM3,134,152,” katanya.

 ??  ?? MOHD Yusoff
MOHD Yusoff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia