Harian Metro

Denda RM3,000 ugut bunuh bekas isteri

-

Seorang penghantar makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan mengugut mahu membunuh bekas isterinya dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp, Isnin lalu.

Tertuduh, Mohd Zamri Mohd Yunus, 37, dijatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Mahkamah kemudian memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Zamri didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dengan mengancam mahu membunuh bekas isterinya Marina Ibrahim, 38.

Perbuatan itu berniat menakutkan mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi.

Mohd Zamri dituduh melakukan kesalahan itu di Blok B8, Seksyen 4, Wangsa Maju, di sini pada 4 Februari lalu jam 8.32 pagi mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum sembilan tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana ada tanggungan tiga anak kecil.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan alasan supaya tertuduh insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia