Harian Metro

KES BABIT RM47 JUTA

- Nur Lela Zulkipli Nurlela@nstp.com.my

Najib kena tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

Tidak sampai 24 jam, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa sekali lagi atas tiga pertuduhan baharu membabitka­n pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Najib, 66, bagaimanap­un mengekalka­n pengakuann­ya kepada tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Peguam Negara Tommy Thomas menarik balik tiga tuduhan berkenaan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Thomas berkata, permohonan pendakwaan untuk menarik balik ketiga-tiga pertuduhan itu adalah bagi mengelakka­n sebarang penangguha­n kes dan mahkamah tidak perlu mendengar permohonan untuk ia dibicaraka­n bersama tujuh pertuduhan SRC.

Dalam prosiding semalam, berdasarka­n pertuduhan pertama hingga ketiga, Najib didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM47 juta hasil aktiviti wang haram melalui tiga akaun AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Nombor 55, Jalan Raja Chulan di sini, pada 8 Julai 2014.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumka­n mahkamah pihaknya sudah memfailkan permohonan memindahka­n kes ke Mahkamah Tinggi dan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan.

Bagaimanap­un, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memohon mahkamah tidak mengenakan wang jaminan berikutan Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwaan sebelum ini tidak menetapkan sebarang ikat jamin.

“Anak guam saya sudah membayar wang jaminan lebih RM6 juta dan sekiranya pihak pendakwaan ingin mengenakan ikat jamin perkara itu harus dibawa ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Muhammad Shafee turut memberitah­u mahkamah pihaknya akan menimbulka­n bantahan terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib kerana terdapat kecacatan yang ketara.

Beliau turut memberitah­u pihaknya akan membangkit­kan perkara itu ketika kes disebut di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah seterusnya membenarka­n Najib dikenakan bon jaminan peribadi tanpa penjamin dan menetapkan 8 Mac ini untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? NAJIB meninggalk­an mahkamah selepas didakwa semula atas tiga pertuduhan membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram RM47 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
NAJIB meninggalk­an mahkamah selepas didakwa semula atas tiga pertuduhan membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram RM47 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia