Harian Metro

Telentang kaku di belakang lori

-

Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di bahagian belakang lori di tempat letak kenderaan di kawasan rumah kedai tiga tingkat, Taman Sejati, Sitiawan, semalam.

Penemuan mayat lelaki dipercayai warga tempatan berusia 20 hingga 30-an itu ditemui pemilik kedai berkenaan yang kemudian melaporkan­nya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 12 tengah hari.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di bahagian belakang lori berkenaan dan memakai baju warna putih, berseluar panjang serta bersarung tangan dengan kesan darah bertakung di bawah kepala dan badan mangsa.

“Ada kesan cedera di kepala mangsa dan lelaki itu disyaki sudah meninggal dunia lebih 24 jam.

“Polis masih menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kejadian,” katanya.

Muhammad Hanif berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematianny­a.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai yang enggan dikenali berkata, premisnya masih ditutup kerana cuti Tahun Baharu Cina dan dia ke kedai semalam kerana mempunyai urusan kerja.

 ??  ?? MAYAT lelaki ditemui di bahagian belakang lori diletakkan di kawasan rumah kedai tiga tingkat, Taman Sejati, Sitiawan, semalam.
MAYAT lelaki ditemui di bahagian belakang lori diletakkan di kawasan rumah kedai tiga tingkat, Taman Sejati, Sitiawan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia