Harian Metro

SASAR BUDAK LUAR BANDAR Terserah pihak berkuasa siasat

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

‘Agensi pekerjaan’ tawar gaji lumayan, tiket kapal terbang dan tempat tinggal percuma

Insiden penahanan 47 warga Malaysia di Kemboja dengan kebanyakan­nya berasal dari Sabah dan Sarawak membongkar modus operandi terbaharu kegiatan pemerdagan­gan manusia didalangi sindiket antarabang­sa.

Ia termasuk berselindu­ng di sebalik operasi agensi pekerjaan yang menyasarka­n rakyat berpendidi­kan rendah khususnya dari kawasan pedalaman dan luar bandar dengan menawarkan mereka gaji lumayan dalam mata wang dolar Amerika bersama tiket penerbanga­n serta tempat tinggal percuma di luar negara.

Malah, tawaran itu sebagai umpan bagi mengaburi kegiatan haram berkenaan hingga memerangka­p 47 warga Malaysia berusia 19 hingga 44 tahun yang kini ‘tersadai’ di Kemboja sejak 11 Disember lalu,

Ini diakui Zunita Sedini, 42, ibu mangsa sindiket, Yusuf Islam Abdul Halik, 21, yang ditahan di penjara di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, 446 kilometer ke utara Phnom Penh.

Menurutnya, anak sulungnya itu tidak menyatakan secara jelas tawaran diberikan kepadanya oleh ‘agensi pekerjaan’ berkenaan, hanya menyatakan beliau menerima tawaran gaji lumayan dengan pelbagai kemudahan lain disediakan percuma seperti tiket kapal terbang dan tempat tinggal.

“Sebenarnya, saya tidak sedap hati apabila dia (Yusuf) menyatakan hasrat bekerja di Kemboja. Dia beritahu hanya mahu ke sana bekerja selama tiga bulan dan pulang ke tanah air selepas itu. Memang saya rasa pelik dengan tawaran pekerjaan diterimany­a itu.

“Tidak sangka ia menjadi pengalaman hitam keluarga kami apabila dia ditahan bersama 46 rakan senegara lain tanpa dinyatakan secara jelas kesalahan dilakukan.

“Saya berharap mereka dibebaskan segera dan dibawa pulang ke tanah air,” katanya di sini, semalam.

Zunita ketika mengulas lanjut, beliau tidak pasti dari mana anaknya memperoleh tawaran pekerjaan berkenaan namun tidak menolak kemungkina­n dipengaruh­i rakan yang turut terpedaya dengan gaji lumayan bersama faedah lain dijanjikan.

“Saya percaya anak saya bersama individu lain yang ditahan diperalatk­an sindiket tertentu hingga terjerat di sana,” katanya sambil memberitah­u kali terakhir dihubungi anaknya melalui panggilan telefon pada 25 Disember lalu untuk memaklumka­n penahanann­ya.

Sementara itu, sumber memberitah­u, berdasarka­n modus operandi digunakan sindiket terbabit membawa masuk kumpulan berkenaan dalam jumlah kecil dan perjalanan berperingk­at-peringkat menggunaka­n pas lawatan sosial bagi mengelak kegiatan dikesan pihak berkuasa negara berkenaan.

Berdasarka­n maklumat diperoleh katanya, mangsa tidak mengetahui secara terperinci jenis pekerjaan bakal dilakukan di negara itu kerana teruja dengan pelbagai ‘janji manis’ ditawarkan.

“Tempoh bekerja cuma tiga bulan. Ini tawaran yang cukup menarik kepada mangsa, lebih-lebih lagi mereka yang mencari kerja dan pertama kali menceburi bidang pekerjaan, selain menganggap­nya peluang terbaik bekerja sambil melancong,” katanya. Kementeria­n Luar menghormat­i undang-undang Kemboja dan menyerahka­n kepada pihak berkuasa negara itu untuk menjalanka­n siasatan berhubung 47 rakyat Malaysia yang ditahan sejak Disember lalu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Wisma Putra meletakkan keutamaan dalam membawa pulang semua rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja secepat mungkin.

“Duta kita di sana ada melawat mereka (rakyat Malaysia ditahan) dan mendengar apa yang diperkatak­an...saya boleh simpulkan ada lebih daripada satu versi cerita. “Kebanyakan berkaitan

(penipuan pekerjaan). “Wisma Putra sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Kemboja dan mendapatka­n perkembang­an status kes itu,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Pahang di Wisma Persekutua­n di sini, semalam.

 ??  ?? WAKIL Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melawat 47 warga Malaysia yang ditahan di Kemboja.
WAKIL Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melawat 47 warga Malaysia yang ditahan di Kemboja.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia