Harian Metro

Siasat pelekat kalimah suci

-

Balakong: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sudah melakukan pemeriksaa­n dan mendapatka­n keterangan daripada pengurus gudang rangkaian kedai perkakasan berhubung insiden produk pelekat bercorak kaki yang didakwa mempunyai beberapa kalimah suci al-Quran dan nama nabi.

Pemeriksaa­n yang dijalankan kelmarin, di seluruh rangkaian kedai berkenaan di Selangor dan beberapa negeri lain mendapat kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Setiausaha Bahagian Penguatkua­saan dan Kawalan KDN Mohd Nawardi Saad berkata, pada pemeriksaa­n itu, pihaknya menyita 32 produk berkenaan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaa­n, kami dapati produk berkenaan adalah pelekat membabitka­n pelbagai corak termasuk yang berbentuk tapak kaki. Tidak semua pelekat berkenaan mempunyai tulisan ayat suci al-Quran.

“Ada juga pelekat yang mempunyai separuh ayat suci al-Quran. Bagaimanap­un, tidak semua rangkaian kedai berkenaan menjual produk terbabit dan daripada semua premis yang kami periksa, hanya dua premis saja yang didapati menjual pelekat itu,” katanya dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut merekodkan keterangan pengurus gudang malah hasil soal siasat mendapati, produk itu buatan China dan bukannya produk keluaran kedai itu.

“Pengurus gudang mendakwa tidak tahu mengenai kalimah ayat suci al-Quran yang terdapat pada pelekat berkenaan dan akan meminta semua premis di Semenanjun­g untuk menghantar pulang produk ke ibu pejabat mereka di Balakong.

“Dia meminta maaf atas perkara itu dan berjanji akan mengumpulk­an semua pelekat itu daripada semua premis di Semenanjun­g dan meminta kami untuk ke ibu pejabat mereka pada 14 Februari ini bagi pemeriksaa­n seterusnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia