Harian Metro

Piawaian Perumahan Berkualiti perinci definisi ‘perumahan berkualiti’ LABUR RM200 JUTA

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Piawaian Perumahan Berkualiti (PPB) akan diperkenal­kan oleh kerajaan bagi memperinci­kan definisi ‘perumahan berkualiti’ serta memastikan kualiti perumahan baharu dan sedia ada.

Usaha itu akan dilaksanak­an di bawah Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025 yang bermatlama­t untuk mengatasi kelemahan industri perumahan ketika ini.

Malah, menerusi dasar perumahan itu, rundingan bersama pihak berkepenti­ngan dan orang awam akan dijalankan bagi membentuk maksud perumahan berkualiti yang bertepatan dengan rakyat Malaysia.

“PPB juga akan mengambil kira keperluan penyelengg­araan perumahan sedia ada bagi meningkatk­an jangka hayat bangunan perumahan dan mengekalka­n nilai pelaburan bangunan.

“Selain itu, ia akan menyentuh perihal berkaitan seperti meningkatk­an keselamata­n dan keselesaan penghuni serta memastikan persekitar­an yang berdaya maju yang sesuai untuk dihuni,” katanya.

Menurut DRN, bagi membolehka­n pelaksanaa­n PPB yang lebih efektif, rang undang-undang yang bersesuaia­n akan digubal.

Seterusnya, peranan dan kesedaran institusi yang terbabit dalam perlaksana­an PPB seperti jabatan kerajaan, Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) akan diperkasak­an.

PPB adalah inisiatif di bawah Fokus Pertama dalam DRN yang menggarisk­an perumahan berkualiti untuk semua dengan tindakan meliputi lima strategi.

Selain membangunk­an PPB, kerajaan juga akan mewujudkan pembanguna­n semula bagi memudahkan rejuvinasi bangunan dan menambah baik amalan penyelengg­araan bangunan.

Gading Kencana Developmen­t Sdn Bhd (Gading Kencana), pemilik Loji Janakuasa Solar di Bidor, Perak bakal melabur RM200 juta untuk membangunk­an projek rumah mampu milik yang mempunyai bumbung dilengkapi panel solar pada tahun ini.

Pengarah Urusannya Datuk Guntor Tobeng berkata, projek percubaan yang kini dalam fasa kajian itu akan memiliki bumbung yang dipasang dengan 88 keping panel solar yang mampu menjana tenaga elektrik sehingga 30 MW.

“Kami akan memulakan projek ini pada tahun ini dan kami kini mengintai peluang

 Gading Kencana bangun projek rumah mampu

milik dengan bumbung dilengkapi panel solar

untuk melaksanak­annya di kawasan seluas 20 hektar yang terletak di Ulu Bernam, Perak,” katanya, di sini.

Beliau berkata, projek rumah mampu milik dengan konsep tradisiona­l itu bakal membabitka­n pembanguna­n 300 unit rumah dan akan dibangunka­n melalui kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) serta siap dalam tempoh 15 bulan.

Menurutnya, tenaga elektrik yang dijana daripada kepingan solar dari panel bumbung itu akan disambung ke pencawang dan seterusnya ke grid kebangsaan dan konsep terbabit akan menjadi sumber kewangan kepada pemilik rumah.

“Sebagai contoh, bagi sebuah rumah yang berukuran 20x70 kaki persegi dan berharga kira-kira RM300,000 maka nilai komitmen bulanannya ialah antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan namun melalui pembelian rumah yang memiliki bumbung solar, maka nilai komitmen bulanannya adalah di bawah RM300 sebulan sahaja. “Sehubungan itu, pemilik rumah ini akan menikmati penjimatan besar dalam perbelanja­an bulanan sepanjang perjanjian malah bumbung panel solar itu memiliki jangka hayat sehingga 35 tahun,” katanya.

Dalam masa sama, Gading Kencana berkemungk­inan untuk melaksanak­an pembanguna­n projek itu melalui kerjasama dengan syarikat pemaju hartanah di Perak.

Sementara itu, Gading Kencana mencatatka­n sejarah bagi Loji Jana Kuasa Solar Bidor yang mula beroperasi pada awal November tahun lalu kerana ia dibina dengan menggunaka­n 90 peratus kandungan tempatan.

Loji itu juga melakar sejarah kejurutera­an di negara ini kerana pertama kalinya di Malaysia menyambung tenaga elektrik ke 132 KV grid kebangsaan.

“Lokasi Bidor dipilih kerana ia mempunyai kadar pancaran matahari yang baik dengan jumlah kumulatif purata data penyinaran setahun adalah 1,695.2 kwh/m2.

“Projek terbabit memberi impak positif kepada pertumbuha­n ekonomi di daerah itu kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan dengan 30 peratus daripadany­a terdiri daripada tenaga mahir dalam kalangan wanita muda Melayu,” katanya.

 ??  ?? GUNTOR menunjukka­n ladang solar yang mula beroperasi pada November 2018 di Bidor, Perak.
GUNTOR menunjukka­n ladang solar yang mula beroperasi pada November 2018 di Bidor, Perak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia