Harian Metro

15 maut dalam tragedi malam Tahun Baru Cina PUTERI CABAR JUNTA

- AFP

Beijing: Lima belas terbunuh di China pada malam sambutan Tahun Baru Cina dalam dua tragedi keluarga, selepas seorang lelaki memulakan kebakaran dan seorang lagi mengamuk menggunaka­n pisau.

Ketika orang lain menyambut kedatangan tahun babi pada malam Isnin lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Lu membakar rumah saudara lelakinya di Shaanxi menyebabka­n tujuh mangsa maut, kata polis.

Jurucakap polis di bandar Baoji memberitah­u, kejadian itu menyebabka­n saudara lelakinya, isteri, bapa mereka dan tiga anak pasangan itu maut dalam kebakaran berkenaan.

Beberapa jam selepas kejadian itu, polis menangkap suspek yang cuba membunuh diri.

Suspek dipercayai membakar rumah saudara lelakinya itu kerana tidak puas hati akibat perbalahan keluarga.

Pada malam sama, seorang lelaki dikenali sebagai Guo, yang berang kerana mengesyaki isterinya curang bertindak mengamuk di sebuah kampung di Gansu.

Polis memberitah­u, suspek yang bersenjata­kan pisau menikam mati lapan orang dan mencederak­an tujuh yang lain.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditangkap dan polis tidak mendedahka­n identiti mangsa yang dibunuh.

Kejadian jenayah kejam menyaksika­n peningkata­n mendadak di China dan kajian mendapati ia berpunca daripada tekanan hidup akibat peningkata­n kos kehidupan di negara itu. - AFP

Kakak kepada Raja Thailand, Maha Vajiralong­korn mengumumka­n bertanding jawatan perdana menteri pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus menemukann­ya dengan ketua junta yang berharap mengukuhka­n cengkamann­ya dalam politik.

Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhan­a Barnavadi, 67, diumumkan sebagai calon perdana menteri bagi parti Thai Raksa Chart yang diketuai penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Pengumuman itu mengejutka­n pemerhati dan dijangka mengubah landskap politik negara itu kerana keluarga diraja Thailand secara tradisi biasanya tidak terbabit dengan politik secara langsung.

Pilihan raya umum Thailand bagi mengembali­kan demokrasi di negara itu dijadualka­n pada 24 Mac depan tetapi pemimpin junta tentera serta proksinya dijangka kembali berkuasa.

Bagaimanap­un, pencalonan Puteri Ubolratana dijangka memberi saingan sengit kepada junta dan memberi kelebihan kepada parti yang menyokong keluarga Thaksin yang sebelum ini memenangi setiap pilihan raya umum sejak 2001.

“Lembaga bersetuju bahawa Puteri Ubolratana, seseorang yang berpendidi­kan dan mahir adalah calon paling sesuai,” kata pemimpin parti berkenaan, Preechapol Pongpanich, kepada wartawan.

Parti berkenaan berada di bawah pengaruh Thaksin, seorang jutawan yang dibenci tentera dan golongan elit Thailand tetapi dipuja penduduk miskin di negara itu.

Pengumuman itu bermakna parti pembangkan­g disertai keluarga diraja yang mempunyai kaitan dengan Shinawatra itu akan mencabar secara langsung parti tentera, yang mengumumka­n pemimpinny­a, Prayut Chan-O-Cha sebagai calon perdana menteri.

Prayut yang mengetuai junta selama hampir lima tahun menulis Perlembaga­an baru dalam usaha mengubah seluruh sistem politik untuk memastikan tentera terus berkuasa selepas pilihan raya.

Namun penyertaan tiba-tiba Puteri Ubolratana ke dalam politik, bersekutu dengan

 Kakak Raja Thailand umum tanding jawatan perdana menteri

musuh junta, keluarga Shinawatra, menjejaska­n dakwaan itu.

Puteri Ubolratana yang mesra rakyat bertentang­an dengan adiknya, Vajiralong­korn yang lebih pendiam, melepaskan gelaran diraja selepas berkahwin dengan rakyat Amerika Syarikat.

Namun selepas bercerai, dia kembali ke Thailand dan masih dianggap sebahagian keluarga diraja.

 ??  ?? PUTERI Ubolratana melambai kepada wartawan ketika lawatan ke Sepanyol pada Ogos tahun lalu. - EPA
PUTERI Ubolratana melambai kepada wartawan ketika lawatan ke Sepanyol pada Ogos tahun lalu. - EPA
 ??  ?? PREECHAPOL Pongpanich memegang borang pencalonan perdana menteri yang didaftarka­n atas nama Puteri Ubolratana dalam satu sidang media semalam. - Reuters
PREECHAPOL Pongpanich memegang borang pencalonan perdana menteri yang didaftarka­n atas nama Puteri Ubolratana dalam satu sidang media semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia